Connect with us

Terkini

Perak teruskan bacaan Qunut Nazilah di masjid, surau

Perak meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau selagi mana kekejaman rejim penjajah Israel terhadap penduduk Gaza dan Palestin masih berterusan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Perak meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau selagi mana kekejaman rejim penjajah Israel terhadap penduduk Gaza dan Palestin masih berterusan.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata doa itu digalakkan untuk dilakukan khususnya pada setiap solat fardu secara berjemaah.
  • “Kita teruskan dan banyakkan berdoa, (termasuk) kita buat Qunut Nazilah di setiap sembahyang fardu,” katanya dipetik Berita Harian selepas Majlis Hi-Tea Pelancaran TVET Anak Yatim di TAJ International College di Ipoh, semalam.
  • Pada 9 Disember lalu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata bacaan Qunut Nazilah yang dilaksanakan selama sebulan di masjid dan surau di seluruh negeri itu sebagai solidariti kepada rakyat Palestin, ditangguhkan sementara selaras dengan sunnah Rasulullah.

KUALA LUMPUR — Perak meneruskan bacaan doa Qunut Nazilah di masjid dan surau selagi mana kekejaman rejim penjajah Israel terhadap penduduk Gaza dan Palestin masih berterusan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata doa itu digalakkan untuk dilakukan khususnya pada setiap solat fardu secara berjemaah.

“Kita teruskan lagi (Qunut Nazilah), tiada masalah selagi mana (musibah menimpa) sahabat-sahabat kita di Gaza masih lagi belum selesai.

“Kita teruskan dan banyakkan berdoa, (termasuk) kita buat Qunut Nazilah di setiap sembahyang fardu,” katanya dipetik Berita Harian selepas Majlis Hi-Tea Pelancaran TVET Anak Yatim di TAJ International College di Ipoh, semalam.

Pada 9 Disember lalu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman dilaporkan berkata bacaan Qunut Nazilah yang dilaksanakan selama sebulan di masjid dan surau di seluruh negeri itu sebagai solidariti kepada rakyat Palestin, ditangguhkan sementara selaras dengan sunnah Rasulullah.

Abdul Rahman berkata ia berdasarkan hadis, Rasulullah melaksanakan bacaan doa itu hanya selama sebulan sebelum dihentikan. 

Dalam pada itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor  berkata tiada nas daripada al-Quran atau hadis mengehadkan tempoh masa tertentu membaca doa Qunut Nazilah selain bergantung kepada selama mana bencana berlaku.

Wan Salim berkata Qunut Nazilah harus dilakukan lebih daripada sebulan mengikut situasi, namun jika bala bencana itu berterusan maka bacaan doa itu juga harus diteruskan.

Menurut beliau, tindakan Rasulullah SAW mengehadkan bacaan Qunut Nazilah selama sebulan kerana bencana yang dihadapi ketika itu telah berakhir. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *