Terkini
Pelajar agama diseru manfaat TVET – TPM
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua untuk pelajar menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

- Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua untuk pelajar menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
- Katanya, graduan aliran TVET berpotensi besar menjadi tenaga mahir pelbagai bidang, maka pelajar aliran agama diseru ambil peluang memanfaatkan TVET untuk bina masa depan.
- “Sebaik dilantik sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya telah menaik taraf pendidikan TVET dengan mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri. Kita juga telah berjaya mewujudkan sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai ‘UP_TVET’ yang berfungsi seperti mana portal pengambilan pelajar Unit Pusat Universiti (UPU).
- “Dalam masa yang singkat portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVTE seramai 62,000 orang daripada hanya 15,000 penawaran. Jadi, kalau ada pelajar di sini ingin memohon aliran TVET ia sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di Melaka, semalam.
KUALA LUMPUR – Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan lagi pilihan kedua untuk pelajar menyambung pelajaran setelah tamat persekolahan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata graduan aliran TVET berpotensi besar menjadi tenaga mahir dalam pelbagai bidang yang mampu menjanjikan pendapatan dan taraf kehidupan lebih baik.
Katanya, pelajar aliran agama perlu ambil peluang manfaatkan TVET untuk membina masa depan.
“Sebaik dilantik sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, saya telah menaik taraf pendidikan TVET dengan mewujudkan kolaborasi di antara institusi TVET tempatan dengan lebih 200 pemain industri. Kita juga telah berjaya mewujudkan sistem permohonan TVET baharu yang dikenali sebagai ‘UP_TVET’ yang berfungsi seperti mana portal pengambilan pelajar Unit Pusat Universiti (UPU).
“Dalam masa yang singkat portal ini berjaya mencatatkan rekod permohonan pelajar mengikuti aliran TVTE seramai 62,000 orang daripada hanya 15,000 penawaran. Jadi, kalau ada pelajar di sini ingin memohon aliran TVET ia sangat mudah dan boleh dilakukan secara dalam talian sahaja,” katanya dipetik Utusan Malaysia dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Huffaz dan Apresiasi Kecemerlangan Imtiaz Ulul Albab 2023 di Melaka, semalam.
Teks ucapan Ahmad Zahid dibacakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.
Ahmad Zahid berkata Majlis TVET Negara menunjukkan keberhasilan dengan mentransformasi bidang TVET ke arah melahirkan tenaga mahir warga tempatan bagi memenuhi keperluan industri negara.
Katanya, Sekretariat TVET juga ditubuhkan melalui majlis itu bertujuan menyelaras program dan kursus di 1,344 institusi TVET seluruh negara. — The Merdeka Times
