Connect with us

Antarabangsa

10 hingga 15 peratus tahanan ada kaitan Hamas, dakwa zionis Israel

Tentera rejim pengganas Israel semalam mengakui hanya sekitar 10 hingga 15 peratus dari tahanan warga Palestin yang dizalimi di Shujayea pada 5 Disember lalu terlibat dengan Hamas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tentera rejim pengganas zionis Israel semalam mengakui hanya sekitar 10 hingga 15 peratus dari tahanan warga Palestin yang dizalimi di Shujayea pada 5 Disember lalu terlibat dengan Hamas.
  • Tahanan dimaksudkan itu melibatkan ratusan lelaki Palestin yang dirakam hanya berseluar dalam, ditutup mata, diikat tangan ke belakang dan dibariskan di jalanan yang sebelum ini tersebar di media sosial.
  • Agensi berita Anadolu melaporkan tentera Israel turut mengeluarkan kenyataan bahawa tahanan-tahanan yang tidak berkaitan dengan Hamas telah dibebaskan.
  • Menurut sumber, perkara itu tidak bermaksud Hamas menyerah diri beramai-ramai dan menyerahkan senjata mereka kepada rejim zionis.

Tentera rejim pengganas Israel semalam mengakui hanya sekitar 10 hingga 15 peratus dari tahanan warga Palestin yang dizalimi di Shujayea pada 5 Disember lalu terlibat dengan Hamas.

Tahanan dimaksudkan itu melibatkan ratusan lelaki Palestin yang dirakam hanya berseluar dalam, ditutup mata, diikat tangan ke belakang dan dibariskan di jalanan yang sebelum ini tersebar di media sosial.

Agensi berita Anadolu melaporkan tentera Israel turut mengeluarkan kenyataan bahawa tahanan-tahanan yang tidak berkaitan dengan Hamas telah dibebaskan.

Menurut sumber, perkara itu tidak bermaksud Hamas menyerah diri secara beramai-ramai dan menyerahkan senjata mereka kepada rejim zionis.

Rejim Israel bagaimanapun bertegas gambar tahanan yang disebarluaskan atas talian itu berpotensi memberi kesan yang kuat terhadap motivasi organisasi itu yang masih bertempur di Gaza.

Terdahulu, wartawan Palestin saluran media The New Arab, Diaa Al-Kahlout dilaporkan antara penduduk Gaza yang ditangkap tentera zionis Israel dalam operasi yang memalukan tawanan-tawanan awam itu sebelum dibawa ke lokasi tidak diketahui.

Sumber: Anadolu Agency 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *