Connect with us

Antarabangsa

Turkiye rancang pindah kanak-kanak, remaja sakit dari Gaza hari ini

Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini.

Wartawan TMT

Published

on

Turkiye rancang pindah kanak-kanak, remaja sakit dari Gaza hari ini
Foto: Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca.
  • Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini.
  • Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini Turkiye sudah membawa 150 orang, kebanyakannya pesakit kanser dan warisnya, dari Gaza untuk meneruskan rawatan.
  • Koca berkata, ketika ini pusingan ketiga pemindahan yang terdiri daripada sekumpulan 50 orang ditangguhkan kerana isu mengenai kebenaran pembebasan mereka.
  • “Terdapat sedikit pesakit kanser tetapi ia akan menjadi pemindahan yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan orang muda yang cedera,” katanya, sambil menambah tiada seorang pun dalam senarai 50 orang berada dalam keadaan kritikal.
  • Ankara sudah menghantar kira-kira 800 tan bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan, ubat-ubatan dan kakitangan perubatan ke Mesir untuk penduduk Gaza dan berhasrat menubuhkan hospital lapangan di sebelah Gaza sempadan Rafah. 

ANKARA: Turkiye merancang memindahkan beberapa kanak-kanak dan remaja Gaza yang cedera atau sakit sebagai sebahagian daripada proses pemindahan negara itu yang memasuki pusingan ketiga hari ini.

Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, berkata setakat ini Turkiye sudah membawa 150 orang, kebanyakannya pesakit kanser dan warisnya, dari Gaza untuk meneruskan rawatan.

Ia juga sudah memindahkan lebih 100 orang Turkiye, Cyprus Turkiye, dan saudara-mara mereka minggu ini. 

Koca berkata, ketika ini pusingan ketiga pemindahan yang terdiri daripada sekumpulan 50 orang ditangguhkan kerana isu mengenai kebenaran pembebasan mereka.

“Bagaimanapun, masalah itu kini sebahagian besarnya sudah diselesaikan dan pegawai sedang berusaha untuk menyelesaikan persiapan. 

“Kami menjangkakan pemindahan ketiga adalah esok (Jumaat) dan ia akan menjadi pemindahan yang sebahagian besarnya terdiri daripada kanak-kanak dan orang muda.

“Terdapat sedikit pesakit kanser tetapi ia akan menjadi pemindahan yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan orang muda yang cedera,” katanya, sambil menambah tiada seorang pun dalam senarai 50 orang berada dalam keadaan kritikal.

Semalam, tiga kanak-kanak Gaza yang sakit sudah dibawa ke Turkiye iaitu seorang lelaki berusia dua tahun, serta dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan 10 tahun untuk menerima rawatan. 

Ankara sudah menghantar kira-kira 800 tan bantuan kemanusiaan, bekalan perubatan, ubat-ubatan dan kakitangan perubatan ke Mesir untuk penduduk Gaza dan berhasrat menubuhkan hospital lapangan di sebelah Gaza sempadan Rafah. 

Koca berkata, mekanisme penyelarasan yang terdiri daripada pegawai Turkiye, Mesir dan Israel sedang berusaha untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk hospital lapangan. 

“Satu pasukan yang dibentuk dengan penyelarasan Israel, Mesir, dan Turkiye berada di Mesir, terutama untuk menjalankan kerja lapangan. 

“Kami dalam peringkat mengenal pasti lokasi dan mahu mengambil tindakan secepat mungkin,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.
  • Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
  • Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
  • “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
  • Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
  • Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.

Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.

“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.

Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.

Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.

Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.

Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.

Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.

Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.

Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending