Connect with us

Terkini

Tidak perlu takut, Islam tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima Islam – PM

Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada pihak berasa runsing sehingga wujud dakwaan kononnya beliau cuba untuk mengislamisasikan negara.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Tidak perlu takut, Islam tidak pernah memaksa mana-mana pihak menerima Islam – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Rakyat berbilang agama dan kaum di Malaysia tidak perlu takut dengan pengamalan nilai-nilai Islam selaku Agama Persekutuan di negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata beliau menyedari ada pihak berasa runsing sehingga wujud dakwaan kononnya beliau cuba untuk mengislamisasikan negara.

“Saya tidak menafikan memang ada percubaan untuk memberi kefahaman Islam yang lebih dan mengamalkannya,” kata Anwar dalam Kolokium Madani Perkhidmatan Awam di Putrajaya International Convention Centre (PICC), semalam.

Menegaskan perkara itu tidak perlu dikhuatiri, Anwar berkata Malaysia menerima Islam sebagai Agama Persekutuan dan mengambil nilai agama Islam sebagai asas kehidupan serta Islam tidak memaksa mana-mana pihak menerima agama Islam.

Katanya, nilai kemanusiaan universal dalam Islam dan rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam) boleh dimanfaatkan untuk semua orang.

“Jadi saya ambil kesempatan ini untuk menjawab kebimbangan beberapa rakan.

“Kalau sekadar kebimbangan takpa, tapi celaan itu (dakwaan islamisasi) tidak dapat diterima kerana tidak ada maksud kita sama sekali untuk memaksa menerima agama kita tetapi yang penting adalah nilai,” kata Perdana Menteri.

Anwar berkata Islam membawa nilai wasathiyah (kesederhanaan), memberi rahmat kepada semua orang serta menunjukkan toleransi kepada semua kaum dan agama dalam negara kita. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *