Connect with us

Terkini

Sekolah Aman Palestin di Gaza diserang, 20 cedera

Seramai 20 orang rakyat Palestin di Gaza cedera selepas satu siri serangan infantri darat rejim penjajah Israel dilakukan ke atas sekolah sumbangan Aman Palestin iaitu Sekolah Quran Malaysia pada malam Khamis.

Avatar

Published

on

Sekolah Aman Palestin di Gaza diserang, 20 cedera
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 20 orang rakyat Palestin di Gaza cedera selepas satu siri serangan infantri darat rejim penjajah Israel dilakukan ke atas sekolah sumbangan Aman Palestin iaitu Sekolah Quran Malaysia pada malam Khamis.
  • Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, serangan yang berlaku jam 1.45 pagi waktu tempatan itu turut mengorbankan beberapa warga Palestin, namun jumlahnya masih belum diketahui.
  • “Tentera penjajah telah melepaskan tembakan rambang sehingga mengenai rakyat Gaza yang berlindung di Sekolah Quran Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.
  • Awang Suffian berkata rejim Israel itu gagal menawan sekolah terbabit kerana berjaya dihalang tentera pembebasan Palestin.

KUALA LUMPUR — Seramai 20 orang rakyat Palestin di Gaza cedera selepas satu siri serangan infantri darat rejim penjajah Israel dilakukan ke atas sekolah sumbangan Aman Palestin iaitu Sekolah Quran Malaysia pada malam Khamis.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Suffian Awang Piut, serangan yang berlaku jam 1.45 pagi waktu tempatan itu turut mengorbankan beberapa warga Palestin, namun jumlahnya masih belum diketahui.

“Pada kejadian malam tadi, tentera penjajah telah mencerobohi kawasan luar sekolah tersebut dan berlaku pertempuran dengan tentera pembebasan Palestin yang menghalang pencerobohan itu.

“Tentera penjajah telah melepaskan tembakan rambang sehingga mengenai rakyat Gaza yang berlindung di Sekolah Quran Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Awang Suffian berkata rejim Israel itu gagal menawan sekolah terbabit kerana berjaya dihalang tentera pembebasan Palestin.

Beliau turut meluahkan rasa syukur kerana sekolah menempatkan lebih 4,000 rakyat Gaza itu masih berada dalam keadaan baik dan penghuni yang berlindung di sekolah itu boleh terus tinggal di sana.

“Mangsa-mangsa kecederaan telah dihantar ke hospital yang berhampiran iaitu Hospital Syuhada Al-Aqsa, Dier Balah,” katanya.

Advertisement

Beliau juga berharap, rakyat Malaysia terus memberikan bantuan dan sokongan ke atas pembebasan Palestin.

Sekolah Quran Malaysia sebelum ini menjadi tempat pembelajaran kanak-kanak di Gaza sebelum meletusnya perang Taufan Al-Aqsa. —- The Merdeka Times

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending