Connect with us

Terkini

Rejim pengganas Israel akan buat serangan lebih besar selepas gencatan senjata tamat

Gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Gaza disifatkan sebagai ‘pintu’ untuk rakyat Palestin bernafas selepas menderita dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid.
  • Gencatan senjata kemanusiaan empat hari di Gaza disifatkan ‘pintu’ rakyat Palestin bernafas selepas derita dengan kekejaman rejim zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.
  • Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Israel akan lakukan serangan lebih besar sebaik sahaja gencatan senjata tamat.
  • “Keganasan Israel dalam operasi terkini di Gaza terlalu parah dan melanggar semua peraturan antarabangsa. Israel tidak peduli tekanan antarabangsa malah berlaku lebih ganas. Oleh itu kami berpendirian tidak ada jalan lain untuk menghentikan penderitaan warga Palestin melainkan perang dihentikan serta hak Palestin dikembalikan.
  • “Jelas Israel dan AS tidak mahu menghentikan perang. Mereka mahu menyempurnakan agenda asal iaitu menghapuskan warga Palestin keseluruhannya sama ada diusir atau dibunuh di Gaza,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

PETALING JAYA: Gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari di Gaza disifatkan sebagai ‘pintu’ untuk rakyat Palestin bernafas selepas menderita dengan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel sejak lebih 45 hari lalu.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, Israel akan melakukan serangan lebih besar sebaik sahaja gencatan senjata tersebut tamat.

Katanya, gencatan senjata tersebut sangat kritikal tetapi menghentikan perang secara tetap mesti dikuatkuasakan serta merta.

“Keganasan Israel dalam operasi terkini di Gaza terlalu parah dan melanggar semua peraturan antarabangsa. Israel tidak peduli tekanan antarabangsa malah berlaku lebih ganas. Oleh itu kami berpendirian tidak ada jalan lain untuk menghentikan penderitaan warga Palestin melainkan perang dihentikan serta hak Palestin dikembalikan.

“Setakat ini masyarakat dunia kecuali pemerintah Amerika Syarikat (AS) dan beberapa sekutunya mendesak untuk hentikan perang. Namun Israel tidak mempedulikan desakan dunia malah meningkatkan keganasan serta melancarkan genosid dengan niat dan tindakan. 

“Israel sudah menyatakan pendirian gencatan senjata empat hari itu tidak akan mengakhiri perang di Gaza. Malah, Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel) mengisytiharkan serangan akan diteruskan sebaik sahaja tamat tempoh gencatan senjata itu.

“Jelas Israel dan AS tidak mahu menghentikan perang. Mereka mahu menyempurnakan agenda asal iaitu menghapuskan warga Palestin keseluruhannya sama ada diusir atau dibunuh di Gaza,” katanya di dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Israel dan kumpulan pejuang Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata selama empat hari dan membebaskan tebusan selepas perang berlanjutan daripada 7 Oktober lalu.

Perang yang berlanjutan lebih daripada 45 hari itu mengorbankan sebanyak lebih daripada 17,000 nyawa dan sekurang-kurangnya sejuta rakyat Gaza yang terusir daripada kediaman mereka sendiri.

Mohd Azmi berkata, Israel sudah memusnahkan pelbagai fasiliti dan kemudahan di Gaza seperti hospital, bangunan awam, kilang roti, masjid serta gereja.

Oleh kerana itu, jelasnya, gencatan senjata empat hari tersebut tidak memberi kelebihan kepada Gaza.

“Dunia perlu faham matlamat akhir Israel dan AS selama ini. Seluruh baki kawasan Palestin yang ada iaitu Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur akan dihapuskan sama sekali.

“Mereka mengguna alasan hak mempertahan diri serta alasan agama Yahudi dalam Kitab Taurat kononnya bumi Palestin hak mereka. Manakala AS mahu Israel menjadi negara pengawal rantau Asia Barat dan memastikan kepentingan AS dan sekutu Barat dilindungi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berpandangan dunia perlu membuat keputusan muktamad iaitu menghentikan operasi serangan Israel dan perang tersebut serta merta.

“Kepungan Gaza selama 17 tahun perlu ditamatkan serta merta. Bantuan kemanusiaan hendaklah dihantar keseluruh Gaza tanpa sekatan dan proses pembangunan semula Gaza perlu dilaksanakan segera.

“Sementara itu, Israel tidak boleh terlepas dari didakwa dimahkamah antarabangsa terhadap jenayah perang dan jenayah genosid,” tegasnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *