Connect with us

Terkini

Pengganti Salahuddin sudah ada – PM

PENGGANTI Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengganti Salahuddin sudah ada – PM
Foto: Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub (kiri) & Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Pengganti Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.
  • Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.
  • Menurut Anwar, portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Salahuddin itu akan diisi tidak lama lagi.
  • Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mendedahkan siapa calon yang akan mengisi jawatan berkenaan.
  • “Ada, ada (calon pengganti),” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, hari ini.

PENGGANTI Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sudah pun dikenal pasti.

Perkara tersebut dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti dilaporkan BH Online, hari ini.

Menurut Anwar, portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi menggantikan Salahuddin itu akan diisi tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak mendedahkan siapa calon yang akan mengisi jawatan berkenaan.

“Ada, ada (calon pengganti),” katanya ketika ditanya pemberita selepas solat Jumaat dan makan tengah hari di Surau Al Furqan, Presint 11, hari ini.

Desas-desus mengenai rombakan Kabinet menjadi perhatian susulan kekosongan portfolio Menteri Perdagangan dan Kos Sara Hidup yang ditinggalkan Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.

Jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ketika ini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyifatkan rombakan Kabinet bukan perkara mendesak kerana hanya satu kekosongan jawatan yang perlu diisi.

Sumber: Utusan TV

Author