Connect with us

Terkini

(VIDEO) NGO tidak mahu terima pelarian Palestin, Menteri selar ‘who are you?’

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengeluarkan kenyataan enggan menerima pelarian Palestin sedangkan tiada keputusan dibuat di peringkat kerajaan Pusat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

NGO tidak mahu terima pelarian Palestin, Menteri selar 'who are you?'
Foto: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (kiri) & Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan (tengah) & Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Peter John Jaban (kanan).
  • Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengeluarkan kenyataan enggan menerima pelarian Palestin sedangkan tiada keputusan dibuat di peringkat kerajaan Pusat.
  • “Belum ada Kerajaan Pusat membuat keputusan ada NGO mengatakan kita tidak mahu menerima (pelarian Palestin). Who are you? NGO ini. Tunggulah kalau Kerajaan Pusat sudah buat keputusan barulah kita beri pandangan.
  • “Menteri pun macam itu jugalah, tahu protokol sedikit, kalau Kerajaan Pusat belum buat keputusan tidak perlu komen dengan NGO. NGO itu kita tahu NGO mana. Pernah ke NGO itu menyokong kita?,”katanya menerusi klip video dimuat naik pemilik akaun X @datukhensem pada Rabu minggu lalu.
  • Abdul Karim berkata Malaysia sebuah negara yang prihatin tentang apa yang berlaku di dunia sejak bertahun-tahun lagi dan telah menunjukkan keprihatinan serta perikemanusiaan dengan menerima kelompok pelarian dari pelbagai negara konflik termasuk Palestin.

KUALA LUMPUR — Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengeluarkan kenyataan enggan menerima pelarian Palestin sedangkan tiada keputusan dibuat di peringkat kerajaan Pusat.

Abdul Karim berkata tidak sepatutnya NGO terbabit mengeluarkan pandangan sedemikian sedangkan Kerajaan Pusat belum mengeluarkan sebarang keputusan berkenaan penerimaan pelarian Palestin.

“Belum ada Kerajaan Pusat membuat keputusan ada NGO mengatakan kita tidak mahu menerima (pelarian Palestin). Who are you? NGO ini. Tunggulah kalau Kerajaan Pusat sudah buat keputusan barulah kita beri pandangan.

“Menteri pun macam itu jugalah, tahu protokol sedikit, kalau Kerajaan Pusat belum buat keputusan tidak perlu komen dengan NGO. NGO itu kita tahu NGO mana. Pernah ke NGO itu menyokong kita?

Has (John Jaban) he been able to say anything good about Sarawak? Voon Lee Shan, has he ever said anything good about us? (pernahkah dia berkata sesuatu yang baik tentang kita?) And you want to comment on that? You want to comment on all these? No point,” katanya menerusi klip video dimuat naik pemilik akaun X @datukhensem pada Rabu minggu lalu.

Difahamkan, beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Publisiti dan Penerangan Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) Peter John Jaban dan NGO lain yang menyarankan kerajaan supaya tidak menerima kemasukan pelarian dari Palestin.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata Malaysia sebuah negara yang prihatin tentang apa yang berlaku di dunia sejak bertahun-tahun lagi dan telah menunjukkan keprihatinan serta perikemanusiaan dengan menerima kelompok pelarian dari pelbagai negara konflik termasuk Palestin.

Terdahulu, Peter dilaporkan berkata kerajaan Sarawak harus menjaga autonominya ke atas kawalan imigresen, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan sokongan kepada Hamas.

Peter membuat spekulasi, sokongan Anwar terhadap Hamas akan menyebabkan berlakunya cubaan untuk memberi suaka kepada kelompok Palestin yang dikhuatiri berisiko membawa kemasukan puak radikal dan ganas.

Turut menyokong desakan itu Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan yang menyifatkan, bukan mudah untuk menyediakan tempat perlindungan serta memberi makanan kepada pelarian khususnya kepada mangsa perang.

Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan sokongan penuh terhadap pendirian NGO lain yang menyarankan kerajaan untuk tidak menerima kemungkinan kemasukan pelarian dari Palestin. — The Merdeka Times

Sumber : Platform X @datukhensem

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *