Connect with us

Terkini

McDonald’s Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot – Mufti

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Wartawan TMT

Published

on

 McDonald's Malaysia tidak beri sumbangan kepada Israel, usah boikot - Mufti
Foto: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat supaya tidak boikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.
  • Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mesti berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian.
  • “Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.
  • “Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.

Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.

“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.

“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Wan Salim menasihati masyarakat Islam supaya menunjukkan semangat setia kawan dan simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin yang boleh ditunjukkan dengan memboikot mana-mana syarikat dan produk berkaitan Israel.

Beliau dipetik berkata, tidak salah jika seorang Islam yang tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan, maka dibenarkan bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.

“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia, hanya perlu rajin mencarinya,” katanya.

Advertisement

Begitupun, beliau mengingatkan, apa pun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan menyakinkan, tidak berlandaskan sekadar sangkaan yang akhirnya boleh mengakibatkan pihak lain teraniaya.

Kelmarin, akhbar Harian Metro melaporkan nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald’s Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan susulan dakwaan bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.

Mereka juga dilabel sebagai pendukung Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan serta cacian masyarakat.

Sumber: Harian Metro

Author

Advertisement

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending