Connect with us

Terkini

Lebih 7,200 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran di Selangor

Hanya tujuh peratus berjaya diputihkan, daripada 7,221 kilang tanpa kebenaran (KTK) yang dikesan beroperasi di seluruh Selangor sejak 2006 hingga kini.

Wartawan TMT

Published

on

Lebih 7,200 kilang dikesan beroperasi tanpa kebenaran di Selangor
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hanya tujuh peratus berjaya diputihkan, daripada 7,221 kilang tanpa kebenaran (KTK) yang dikesan beroperasi di seluruh Selangor sejak 2006 hingga kini.
  • Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim berkata pihaknya mengesan beberapa halangan mendorong pengusaha kilang tidak melakukan pemutihan, antaranya sudah selesa (mengusahakan kilang di sesuatu kawasan), masalah dalam mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) dan pemilik tanah serta pengusaha kilang adalah individu yang berlainan.
  • “Lebih 7,000 jumlah kilang tanpa kebenaran di Selangor dan hanya tujuh peratus berjaya diputihkan yang mana ia tidak sampai 1,000 pun. Ada juga kilang yang masih dalam proses pemutihan (belum lengkap).
  • “Saya nak bagi ‘booster’ pada KTK ini tapi saya perlukan sedikit masa, mungkin ada ‘task force’ yang mesra rakyat serta dinamik yang boleh menarik pengusaha untuk putihkan kilang mereka,” katanya kepada media selepas Sesi Townhall EXCO kerajaan tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran MBSA di MBSA Convention Centre, di sini, hari ini.

SHAH ALAM: Hanya tujuh peratus berjaya diputihkan, daripada 7,221 kilang tanpa kebenaran (KTK) yang dikesan beroperasi di seluruh Selangor sejak 2006 hingga kini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Ng Suee Lim, berkata pihaknya mengesan beberapa halangan mendorong pengusaha kilang tidak melakukan pemutihan, antaranya sudah selesa (mengusahakan kilang di sesuatu kawasan), masalah dalam mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) dan pemilik tanah serta pengusaha kilang adalah individu yang berlainan.

“Lebih 7,000 jumlah kilang tanpa kebenaran di Selangor dan hanya tujuh peratus berjaya diputihkan yang mana ia tidak sampai 1,000 pun. Ada juga kilang yang masih dalam proses pemutihan (belum lengkap).

“Program pemutihan memang sudah tamat tapi saya akan bagi arahan dalam masa terdekat untuk mereka sambung (program pemutihan) sebelum saya rangka satu dasar pada tahun hadapan.

“Saya nak bagi ‘booster’ pada KTK ini tapi saya perlukan sedikit masa, mungkin ada ‘task force’ yang mesra rakyat serta dinamik yang boleh menarik pengusaha untuk putihkan kilang mereka,” katanya kepada media selepas Sesi Townhall EXCO kerajaan tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan pentadbiran MBSA di MBSA Convention Centre, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Suee Lim berkata, sesi libat urus berkenaan dilaksanakan untuk mendengar keluhan serta mendapatkan input daripada pengusaha kilang tanpa kebenaran.

“Sesi ini adalah untuk mencari titik persamaan serta solusi yang mana kita akan teliti satu persatu (keluhan) sebelum adakan polisi atau dasar pada tahun hadapan.

Advertisement

“Saya akan cuba sedaya upaya memberikan bantuan kepada semua pengusaha dan pemilik agar mereka dapat memutihkan kilang mereka,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas berhubung nama ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau ‘ponteng’ sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat, Suee Lim yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, menyifatkan ia cadangan yang baik jika ingin dilaksanakan di peringkat DUN.

Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada Speaker baharu, Lau Weng Sang.

“Ia cadangan yang baik. Mungkin boleh ditanyakan kepada tuan Speaker. Waktu kempen (pilihan raya) kita bagi tahu rakyat mahu kerja kuat, membela rakyat tapi tanggungjawab hakiki datang ke Parlimen atau DUN pun dia malas. (Jadi ia) Harus diketahui rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending