Connect with us

Terkini

Kos cetakan senaskhah Al-Quran cuma RM38, bukan RM500 – Mohd Na’im

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500 seperti didakwa Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Wartawan TMT

Published

on

Kos cetakan senaskhah Al-Quran cuma RM38, bukan RM500 – Mohd Na’im
Foto: Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
  • Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi cetak sejuta al-Quran, cuma RM38, bukan RM500 seperti didakwa Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.
  • Beliau berkata RM38 merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan, manakala peruntukan RM10 juta akan diguna untuk cetak 265,000 naskhah al-Quran.
  • Mohd Na’im berkata, sehingga kini sebanyak 96,000 naskhah al-Quran sudah diagihkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Khmer dan Sweden.
  • “Sekarang ini kita sudah agihkan 70,000 cetakan dalam bahasa Inggeris, 20,000 Mandarin, 5,000 Khmer dan 1,000 Sweden,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, semalam.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500 seperti didakwa Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad.

Beliau berkata RM38 itu merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan, manakala peruntukan RM10 juta akan digunakan untuk mencetak 265,000 naskhah al-Quran.

“Jadi dengan RM38 pengiraan saya dalam RM10 juta itu, ada 265,000 insya-Allah pada tahun 2024,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, semalam.

Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta menjelaskan dakwaan Idris Ahmad di Parlimen, bahawa percetakan senaskhah al-Quran berharga RM500.

Sementara itu Mohd Na’im berkata, sehingga kini sebanyak 96,000 naskhah al-Quran sudah diagihkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Khmer dan Sweden.

“Sekarang ini kita sudah agihkan 70,000 cetakan dalam bahasa Inggeris, 20,000 Mandarin, 5,000 Khmer dan 1,000 Sweden,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan operasi mewakafkan satu juta naskhah al-Quran.

“Kita harapkan dengan berwakaf al-Quran ini, dapat menarik minat orang yang bukan beragama Islam untuk mendalami agama Islam,” katanya.

Mengenai Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu Mohd Na’im berkata program anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) itu telah bermula sejak 2012, dengan kerjasama Majlis Agama Islam negeri.

Konvoi tiga hari di Baling dan Sik, Kedah bermula semalam sehingga 9 Nov itu, bagi membolehkan agensi zakat itu memberi pencerahan dan menggalakkan umat Islam mengeluarkan zakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt, mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk disalurkan kepada Yayasan Restu, bagi operasi mencetak terjemahan al-Quran dalam bahasa asing utama dunia. — BERNAMA

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenapa kerajaan gelojoh gadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing? – Radzi Jidin

Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.
  • Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.
  • Radzi berkata MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.
  • Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.
  • Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 
  • “Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
  • “Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!
  • “Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” kata Radzi.
  • Beliau menggesa Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Dr Radzi Jidin mempersoalkan tindakan Kerajaan Madani yang dilihat ‘gelojoh’ hendak menjual 30 peratus saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing yang membabitkan kepentingan aset strategik negara.

Radzi yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, MAHB bukan sebuah syarikat yang rugi dan bermasalah, sebaliknya MAHB mencatatkan keuntungan RM543 juta dengan jumlah tunai di dalam akaun RM1.845 billion untuk tahun kewangan 2023.

Beliau berkata melihat kepada potensi pertumbuhan sektor pelancongan di seluruh dunia, MAHB mempunyai ruang cukup luas untuk mencatatkan pertumbuhan keuntungan lebih baik.

Hakikatnya, aset logistik, khususnya di Asia, menjadi buruan pelbagai pihak. Apatah lagi kedudukan geografi Malaysia yang amat strategik. 

“Jadi, ketika mana kita tahu semua pihak ingin mencari peluang memiliki aset strategik di rantau ini, mengapa Kerajaan begitu gelojoh ingin menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing?

“Jika diambil beberapa contoh negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam, syarikat yang menguruskan  lapangan terbang di negara tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan atau dimiliki sebahagian besarnya oleh Kerajaan tanpa  diberikan satu blok saham yang besar kepada syarikat asing.

“Jadi di mana rasionalnya keputusan menggadaikan blok 30 peratus saham MAHB ini? Kalau hendak dikatakan MAHB membebankan,  tentunya tidak. Untung MAHB pada tahun 2023 adalah RM543 juta  dengan tunai di tangan sebanyak RM1.845 billion,” kata Radzi dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Radzi berkata MAHB juga mempunyai pengalaman cukup panjang dan kedudukan kewangan baik, termasuk menguruskan Istanbul Sabiha Gökçen International Airport di Turkiye sekiranya hendak dikatakan MAHB tiada kepakaran.

Katanya, jika syarikat itu memerlukan kepakaran sekalipun, tidak bolehkah sekiranya ia diperolehi tanpa menggadaikan 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing.

Katanya, situasi itu jelas menunjukkan tiada keperluan mendesak untuk menjual blok 30 peratus saham MAHB kepada syarikat asing. 

“Siapa sebenarnya yang  akan mendapat manfaat dan mengaut keuntungan daripada urus  niaga ini?

“Apa yang paling mencurigakan dan tidak masuk akal adalah apabila Kerajaan sanggup mengambil risiko disumpah seranah oleh rakyat kerana dalam waktu dan ketika saudara kita di Palestin ditindas oleh Israel, Kerajaan menjual kepentingan dalam MAHB kepada GIP yang dimiliki oleh BlackRock yang dikatakan pro-Israel!

“Apakah terdapat faktor yang jauh lebih besar menyebabkan Kerajaan sanggup secara terbuka menunjukkan sikap tidak sensitif terhadap apa yang berlaku di Palestin?,” katanya.

Radzi  berkata adalah jelas tiada keperluan mendesak bagi kerajaan menyah senaraikan MAHB untuk diberikan blok 30 peratus saham kepada syarikat asing. 

Justeru, beliau menggesa supaya Kerajaan, melalui  Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), membatalkan tawaran sukarela prasyarat yang dibuat Gateway Development Alliance (GDA).

Pada 15 Mei lalu, GDA dan pemegang sahamnya (Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat untuk mengambil alih semua saham dalam MAHB yang belum dimiliki Konsortium berkenaan, pada harga tawaran RM11.00 bagi setiap saham yang bersamaan dengan RM18.4 billion.

Konsortium itu diterajui dua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan Malaysia – Khazanah menerusi anak syarikat milik penuhnya, UEM Group Berhad (UEMG), KWSP, anak syarikat milik penuh Abu Dhabi Investment Authority (ADIA) dan dana diuruskan Global Infrastructure Partners (GIP) salah satu pelabur infrastruktur terkemuka dunia dengan pengalaman memiliki dan menguruskan lapangan terbang.

Apabila tawaran itu selesai sepenuhnya, Khazanah dilaporkan akan meningkatkan pemilikannya dalam MAHB daripada 33.2 peratus kepada 40 peratus, manakala KWSP daripada 7.9 peratus kepada 30 peratus.

Secara kolektif, pelabur Malaysia akan memiliki 70 peratus saham MAHB, manakala ADIA dan GIP akan memiliki baki 30 peratus. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending