Connect with us

Terkini

2,714 individu terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun – Dr Zaliha

Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Wartawan TMT

Published

on

2,714 individu terima ubat PrEP, jangkitan siflis menurun - Dr Zaliha
Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
  • Beliau berkata berdasarkan analisis sehingga bulan keenam penggunaan PrEP menunjukkan terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus.
  • “(Selain itu), peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus manakala peratus klien yang mempunyai lebih daripada satu pasangan juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seramai 2,714 individu telah menerima ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) setakat 30 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata berdasarkan analisis sehingga bulan keenam penggunaan PrEP menunjukkan terdapat penurunan kadar jangkitan penyakit sifilis daripada 11 peratus kepada kurang daripada satu peratus.

“(Selain itu), peratus klien yang tidak menggunakan kondom menurun daripada 6.3 peratus kepada 3.9 peratus manakala peratus klien yang mempunyai lebih daripada satu pasangan juga menurun daripada 44.5 peratus kepada 36.1 peratus,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang ingin tahu status program perintis PrEP dan bilakah program itu akan dilanjutkan ke pusat kesihatan yang lain.

Dr Zaliha berkata analisis awal program PrEP juga mendapati terdapat 14 klien yang telah berhenti menggunakan PrEP kerana tidak lagi melakukan aktiviti seksual yang berisiko.

Selain itu, tiga kes positif HIV (0.11 peratus) dicatatkan kerana pengguna tidak patuh kepada pengambilan PrEP, namun beliau berkata kadar itu jauh lebih rendah berbanding negara lain yang melaksanakan PrEP lebih awal.

Pada masa yang sama, katanya program PrEP telah diperluaskan daripada 18 klinik kesihatan kepada 21 klinik pada tahun ini dan akan ditambah sehingga 30 klinik kesihatan pada 2024.

Advertisement

Katanya, pengumpulan data kajian pula dijangka selesai pada 31 Dis tahun ini dengan hasilnya akan dianalisis pada awal tahun 2024 bagi melihat impak kesihatan secara langsung dan tidak langsung susulan pemberian PrEP, iaitu pencegahan HIV dan perubahan tingkah laku berisiko.

Sumber : Astro Awani

Author

Terkini

Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan

Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Tertuduh, Harma Zulfika Deraman (baju kelabu).
  • Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
  • Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
  • Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
  • Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
  • Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending