Terkini
Lebih 700 rakyat Palestin terkorban akibat serangan udara semalaman Israel
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
- Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
- Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia merupakan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.
- Kini tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka korban rakyat Palestin yang semakin meningkat.
- PBB dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan.
GAZA: Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan ia merupakan angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam direkodkan sejak Israel melancarkan serangan balas ke atas pejuang Hamas.
Kini tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka korban rakyat Palestin yang semakin meningkat.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan.
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan PBB, kerana kini Israel umpama berada di atas undang-undang antarabangsa dan menggesa penamatan apa yang disebutnya “pilih kasih” dalam menangani konflik Gaza.
Dia berkata demikian sejurus tamat mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam.
Sumber: Astro Awani