Connect with us

Terkini

KPT digesa pertimbang semula mansuh diskaun PTPTN – MBM

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa menyemak dan mengkaji semula keputusan memansuhkan diskaun bayaran balik pinjaman mahasiswa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.
  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa menyemak dan mengkaji semula keputusan memansuhkan diskaun bayaran balik pinjaman mahasiswa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata inisiatif diskaun bayaran balik berkenaan bukan suatu perkara yang baharu tetapi dilaksanakan sejak sekian lama dan diteruskan dalam Belanjawan 2023 yang lalu dengan beberapa penambahbaikan berdasarkan kelayakan. 
  • “Melalui inisiatif itu, pihak kerajaan berjaya menarik perhatian seramai hampir 700,000 peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara konsisten sejak diperkenalkan. 
  • “Walaupun nisbah pembayar dan peminjam tidak mapan, diakui sejak ia diperkenalkan PTPTN berjaya mengutip semula sejumlah hampir RM20 juta daripada peminjam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) digesa menyemak dan mengkaji semula keputusan memansuhkan diskaun bayaran balik pinjaman mahasiswa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata inisiatif diskaun bayaran balik berkenaan bukan suatu perkara yang baharu tetapi telah dilaksanakan sejak sekian lama dan diteruskan dalam Belanjawan 2023 yang lalu dengan beberapa penambahbaikan berdasarkan kelayakan. 

“Melalui inisiatif itu, pihak kerajaan berjaya menarik perhatian seramai hampir 700,000 peminjam untuk melakukan pembayaran semula secara konsisten sejak diperkenalkan. 

“Walaupun nisbah pembayar dan peminjam tidak mapan, diakui sejak ia diperkenalkan PTPTN berjaya mengutip semula sejumlah hampir RM20 juta daripada peminjam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Izzat, pihaknya percaya bahawa penerusan inisiatif diskaun bayaran balik berkenaan merupakan satu usaha murni yang pragmatik bukan sahaja menggalakkan warga belia peka akan tanggungjawab membayar semula pinjaman serta memastikan peluang yang saksama diberikan kepada bakal peminjam. 

“Selain itu, ia akan membantu mengurangkan beban ekonomi dan meningkatkan ‘useable money’ warga belia khususnya mereka yang baharu memulakan pekerjaan ataupun para peminjam yang bekerja dalam lingkungan pendapatan rendah dan sederhana. 

“Inisiatif diskaun bayaran balik itu juga adalah mekanisme efektif bagi membantu kestabilan kewangan belia yang baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan dan membina kehidupan dengan cabaran untuk mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelayakan, gaji permulaan graduan yang rendah dan sebagainya,” katanya. 

Tambah beliau, pihak PTPTN juga dicadangkan untuk memperkasa dan menambahbaik saluran pembayaran semula sebagai langkah yang lebih mapan. 

“Kerjasama yang sudah dan sedang dijalankan bersama pihak Bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain dalam usaha menggalakkan pembayaran semula pinjaman. 

“Langkah-langkah proaktif seperti penstrukturan semula kadar bayaran bulanan atau sebagainya boleh dijalankan bagi memastikan pihak peminjam akan terus cakna dengan tanggungjawab membayar semula pinjaman mereka,” katanya. 

Justeru, pihaknya berharap pihak KPT dapat melakukan konsultasi berterusan bersama Kementerian Kewangan (MOF) untuk memastikan inisiatif diskaun bayaran balik berkenaan sebagai agenda keutamaan di dalam pembentangan Belanjawan 2024 akan datang bagi membela agenda belia.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *