Terkini
(VIDEO) Dakwaan lima hadis dikeluarkan dari Hadis 40 Imam Nawawi tidak benar – Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dakwaan dibuat Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM mengeluarkan lima hadis itu, sehingga menimbulkan polemik, adalah tidak benar sama sekali.
- “Tidak betul. Sebab kita masih dalam proses memuktamadkan. Nama pun modul penghayatan hadis, maka perlu beri ruang dengan kerjasama JAKIM untuk perhalusi isu ini bagi pastikan ia berjaya, khususnya untuk anak Muslim kita dan juga di sekolah agama.
- “Kita sedang memuktamadkan perkara tersebut dan akan memaklumkan nanti,” katanya menjawab soalan wartawan The Merdeka Times selepas program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.
- The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
- KPM pada 25 Ogos lalu menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, namun tetap ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’.
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan dakwaan kononnya lima hadis dikeluarkan dari modul asal Hadis 40 Imam Nawawi yang akan digunakan bagi pelajar Islam di sekolah seluruh negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata dakwaan dibuat Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy bahawa KPM mengeluarkan lima hadis itu, sehingga menimbulkan polemik, adalah tidak benar sama sekali.
Beliau menjelaskan KPM masih dalam proses memuktamadkan modul penghayatan hadis 40 itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi penelitian modul itu.
Katanya, sebarang perkembangan berhubung modul penghayatan hadis itu akan dimaklumkan kelak.
“Tidak betul. Sebab kita masih dalam proses memuktamadkan. Nama pun modul penghayatan hadis, maka perlu beri ruang dengan kerjasama JAKIM untuk perhalusi isu ini bagi pastikan ia berjaya, khususnya untuk anak Muslim kita dan juga di sekolah agama.
“Kita sedang memuktamadkan perkara tersebut dan akan memaklumkan nanti,” katanya menjawab soalan wartawan The Merdeka Times selepas program Town Hall Rakyat Bersama Fadhlina Sidek di Kumpulan Karangkraf di sini hari ini.
Program Town Hall bersama Fadlina itu juga turut disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian.
The Merdeka Times pada 4 September lalu melaporkan kenyataan Arun Dorasamy yang mendakwa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan lima hadis, termasuk hadis kelapan, daripada modul asal Hadis 40 Imam Nawawi dan perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Persatuan Hindu Sangam Malaysia (MHS).
Hadis kelapan dimaksudkan itu adalah hadis perintah Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah hinggalah mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.
KPM pada 25 Ogos lalu bagaimanapun menegaskan modul pengajaran hadis 40 itu khusus untuk pelajar Islam, namun tetap ditentang kumpulan tertentu yang disifatkan sesetengah pihak sebagai ‘ekstremis anti-Islam’. – the Merdeka Times
View this post on Instagram