Connect with us

Terkini

PRK Pulai: Muhyiddin perjelaskan isu ‘fatwa’ haram selepas lima hari polemik

Selepas beberapa hari kenyataannya berkait ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor mencetus polemik, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tampil memperjelas konteks ucapannya itu ketika satu ceramah di Pulai Sabtu lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

PRK Pulai: Muhyiddin perjelaskan isu ‘fatwa’ haram selepas lima hari polemik
Foto: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

  • Selepas beberapa hari kenyataannya berkait ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor mencetus polemik, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tampil memperjelas konteks ucapannya ketika satu ceramah di Pulai Sabtu lalu.
  • Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ucapannya dalam ceramah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai diambil secara luar konteks dan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai.
  • “Saya tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH. Saya hanya secara berkias menyebut ‘saya bagi hukum haram’ dengan tiada niat bahawa ianya adalah fatwa hukum syarak.
  • “Kerana saya tahu apa yang saya sebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, (malah) saya selepas itu menyebut ‘ada esok ni yang mencabar saya ni ikut fatwa mana’.
  • “Sebagai seorang yang faham mengenai hukum-hakam agama, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama,” katanya melalui kenyataan di Facebook. 
  • Muhyiddin percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapannya memahami maksud disampaikan olehnya.

KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari kenyataannya berkait ‘fatwa’ haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam satu ceramah di Johor mencetus polemik, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam tampil memperjelas konteks ucapannya itu ketika satu ceramah di Pulai Sabtu lalu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ucapannya dalam ceramah semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai itu diambil secara luar konteks dan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengelirukan orang ramai.

Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata, ketika ceramah berkenaan pelbagai isu disentuh olehnya membabitkan perkara dihadapi rakyat terutama sekali bebanan hidup yang gagal ditangani oleh kerajaan.

Rentetan itu, katanya, beliau menyeru pengundi di Parlimen berkenaan untuk tidak memberikan undi kepada calon PH, Suhaizan Kayat.

“Saya tidak mengeluarkan fatwa hukum syarak bahawa haram mengundi calon PH. Saya hanya secara berkias menyebut ‘saya bagi hukum haram’ dengan tiada niat bahawa ianya adalah fatwa hukum syarak.

“Kerana saya tahu apa yang saya sebut itu bukanlah fatwa hukum syarak, (malah) saya selepas itu menyebut ‘ada esok ni yang mencabar saya ni ikut fatwa mana’.

“Sebagai seorang yang faham mengenai hukum-hakam agama, saya tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang fatwa agama.

“Apatah lagi di negara kita terdapat badan tertentu seperti Majlis Fatwa yang mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan fatwa selepas mengadakan muzakarah dengan para ulama dan ilmuwan yang pakar dalam bidang berkaitan,” katanya melalui kenyataan di Facebook.

Sabtu lalu, Muhyiddin ketika ceramah di Pulai dikatakan mengeluarkan ‘fatwa’ haram mengundi Suhaizan dengan video mengenai ucapannya itu turut tular di media sosial.

Tindakan itu, katanya, sebagai menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jangan bagi satu undi pun pada pihak Suhaizan Kayat (calon PH di Parlimen Pulai), bekas Speaker (DUN Johor). Jangan bagi satu undi pun.

“Saya bagi hukum haram. Ada yang esok mencabar saya ini, ikut fatwa mana. Namun tak boleh (undi) kerana situasi yang sudah berlaku sekarang, sudah sembilan bulan berlalu ujian (bagi rakyat) macam soal kenaikan harga barang,” katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu mengundang pelbagai reaksi khususnya dari pihak lawan, termasuk pakar agama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razaruddin Husain juga memaklumkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap kenyataan Muhyiddin itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin percaya hadirin yang mengikuti keseluruhan ucapannya memahami maksud yang disampaikan olehnya.

“Berdasarkan respon hadirin pada malam itu saya yakin mereka tidak mengambil kenyataan saya secara serius sebagai suatu fatwa agama,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author