Terkini
Isu 3R: Kertas siasatan Hadi Awang, Tun Mahathir diserah kepada Peguam Negara
Kertas siasatan membabitkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
- Kertas siasatan membabitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
- Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan membabitkan Abdul Hadi diserahkan AGC pada pagi semalam.
- “Berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, itu juga diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.
KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membabitkan isu agama, raja dan kaum (3R) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan membabitkan Abdul Hadi diserahkan AGC pada pagi semalam.
“Berhubung siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataannya yang dikatakan menghina institusi diraja, itu juga diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Simposium Forensik Kebangsaan ke-4 2023 di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini semalam.
Isnin lalu, polis mengambil keterangan Abdul Hadi berhubung kenyataan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar di Johor, bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, Abdul Hadi hanya menjawab lima daripada 24 soalan daripada pihak polis.
Ketika proses rakaman percakapan tersebut, Abdul Hadi memilih untuk menjawab baki 19 soalan polis di mahkamah.
Abdul Hadi disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam perkembangan berasingan, Razarudin mengesahkan polis akan mengambil keterangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa depan berhubung isu ‘fatwa’ politik yang dikeluarkannya.
“Keterangan beliau sepatutnya dilakukan pada Isnin depan, tetapi, beliau minta tangguh kerana terdapat perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan,” jelasnya.
Untuk rekod, Muhyiddin sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor, baru-baru ini didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.
Sumber: Utusan Malaysia