Terkini
Ingin tarik minat OKU dalam STI, MOSTI kaji kaedah pembelajaran
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengkaji kaedah untuk menambah baik pembelajaran dalam aliran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi menarik minat kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengkaji kaedah menambah baik pembelajaran dalam aliran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi menarik minat kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).
- Menteri Chang Lih Kang berkata ia selari sokongan MOSTI terhadap Dasar OKU memberi hak dan peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkenaan untuk menerima pendidikan sepanjang hayat dalam bidang STI.
- “Mereka (OKU) perlu diberi peluang yang sama…mungkin pendekatan itu perlu berbeza sedikit kerana mereka ada kelainan, misalnya alat (kaedah) kita pamerkan dan program kita persembahkan mungkin ada sedikit penyesuaian,” katanya.
- Chang buka ruang kepada pakar bidang itu untuk berikan pandangan mengenai menambah baik kaedah pembelajaran dalam STI kepada golongan OKU.
KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengkaji kaedah untuk menambah baik pembelajaran dalam aliran Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) bagi menarik minat kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).
Menteri berkenaan Chang Lih Kang berkata ia selari dengan sokongan MOSTI terhadap Dasar OKU yang memberi hak dan peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkenaan untuk menerima pendidikan sepanjang hayat dalam bidang STI.
“Mereka (OKU) perlu diberi peluang yang sama…mungkin pendekatan itu perlu berbeza sedikit kerana mereka ada kelainan, misalnya alat (kaedah) yang kita pamerkan dan program yang kita persembahkan mungkin ada sedikit penyesuaian,” katanya selepas melancarkan Hari Istimewa Sains 2023 di Pusat Sains Negara (PSN) di sini pada Selasa.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ruziah Shafei dan Pengarah Pusat Sains Negara Mismah Jimbun.
Chang turut membuka ruang kepada pakar dalam bidang berkenaan untuk memberikan pandangan mengenai menambah baik kaedah pembelajaran dalam STI kepada golongan OKU.
Sementara itu, Chang berkata Hari Istimewa Sains tahun ini yang bertemakan ‘Eksplorasi Citra Alam’ mendapat sambutan lebih 1,000 peserta daripada kalangan kanak-kanak OKU.
Program selama dua hari itu menyediakan aktiviti seperti kreatif hands-on, demonstrasi sains, persembahan anak-anak OKU, bengkel permainan sensori dan ekplorasi alam.
Hari Istimewa Sains merupakan program yang disambut setiap tahun oleh PSN bagi menggalakkan penglibatan golongan OKU dalam menerokai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menerusi aktiviti berkonsepkan bermain sambil belajar melalui deria (penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran).
Sumber: Astro Awani
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular