Connect with us

Antarabangsa

Indonesia sekat 174 kandungan dalam talian berunsur radikal

Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat 174 akaun dan kandungan internet yang disyaki mengandungi aktiviti indoktrinasi dan menyebarkan ideologi radikal, sejak Julai hingga semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Indonesia sekat 174 kandungan dalam talian berunsur radikal
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat 174 akaun dan kandungan internet yang disyaki mengandungi aktiviti indoktrinasi dan menyebarkan ideologi radikal, sejak Julai hingga semalam.
  • Kandungan itu disebarkan melalui pelbagai platform digital, dengan 116 kandungan di X (Twitter), diikuti 46 di Facebook, 11 di Instagram dan satu di YouTube.
  • Dalam satu kenyataan, Menterinya Budi Arie Setiadi berkata, tindakan itu selari dengan arahan Presiden Joko Widodo untuk memastikan pilihan raya 2024 dapat dijalankan dengan aman.
  • Tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia dan Agensi Memerangi Keganasan Nasional dengan menjalankan pemantauan terhadap platform digital.
  • Beliau berkata berdasarkan pemantauan itu, didapati terdapat peningkatan ketara dalam penyebaran kandungan radikal, beberapa daripadanya bergabung dengan Jemaah Ansharud Daulah (JAD) dan Jemaah Islamiah (JI).

JAKARTA: Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat 174 akaun dan kandungan internet yang disyaki mengandungi aktiviti indoktrinasi dan menyebarkan ideologi radikal, sejak Julai hingga semalam.

Kandungan itu disebarkan melalui pelbagai platform digital, dengan 116 kandungan di X (Twitter), diikuti 46 di Facebook, 11 di Instagram dan satu di YouTube.

Dalam satu kenyataan, Menterinya Budi Arie Setiadi berkata, tindakan itu selari dengan arahan Presiden Joko Widodo untuk memastikan pilihan raya 2024 dapat dijalankan dengan aman.

Tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia dan Agensi Memerangi Keganasan Nasional dengan menjalankan pemantauan terhadap platform digital.

Beliau berkata berdasarkan pemantauan itu, didapati terdapat peningkatan ketara dalam penyebaran kandungan radikal, beberapa daripadanya bergabung dengan Jemaah Ansharud Daulah (JAD) dan Jemaah Islamiah (JI).

Keganasan antara isu yang menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-17 di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur minggu lalu.

Indonesia selaku negara tuan rumah, menekankan kepentingan mengukuhkan kerjasama serantau untuk menangani ancaman ini yang berpotensi mengganggu kestabilan rantau ini.

“Kumpulan pengganas di sebuah negara boleh menimbulkan ancaman kepada seluruh rantau,” kata jurucakap unit polis anti-keganasan elit Indonesia, Aswin Siregar.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *