Connect with us

Terkini

Abdul Hadi pilih masuk penjara daripada bayar denda jika disabit salah

Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela masuk penjara daripada membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Wartawan TMT

Published

on

Abdul Hadi pilih masuk penjara daripada bayar denda jika disabit salah
Foto: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
  • Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela masuk penjara daripada membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.
  • Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata ini kerana wang untuk membayar denda lebih baik disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
  • Katanya, puluh kali beliau dipanggil memberi keterangan selepas laporan polis dibuat ke atasnya, sama ada di pejabatnya mahupun di Bukit Aman.
  • “Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil… Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau rela masuk penjara daripada membayar denda jika disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.

Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang itu berkata ini kerana wang untuk membayar denda lebih baik disalurkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).

Katanya, puluh kali beliau dipanggil memberi keterangan selepas laporan polis dibuat ke atasnya, sama ada di pejabatnya mahupun di Bukit Aman.

“Saya beri layanan sebaik-baiknya kepada polis dan polis juga beri layanan baik kepada saya, saya ucap tahniah kepada polis yang menjalankan tugas secara profesional.

“Saya tunggu dibicarakan di mahkamah, saya sedia dihukum, tak tahu sama ada penjara atau denda… saya pilih penjara, kalau denda, baik beri pada PASTI.

“Kalau dihukum, saya dah tak layak jadi Ahli Parlimen… akan ada pilihan raya kecil… Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh bertanding di Marang,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kertas siasatan polis berhubung kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi berhubung mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan sudah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Advertisement

Kertas siasatan yang sudah dilengkapkan itu diserahkan pada 7 September sebelum sebarang tindakan susulan diputuskan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata pihaknya kini sedang menunggu sebarang arahan susulan daripada Pejabat Peguam Negara.

Sementara itu Abdul Hadi berkata rasuah perlu ditangani secara holistik dan adil serta saksama tanpa berlaku kezaliman ke atas yang dituduh.

Ini kerana, katanya Islam meletakkan orang yang dituduh tidak bersalah sehingga dibuktikan, namun mereka perlu dibicarakan kerana tiada konsep melepas dan membebaskan (DNAA) dalam kehakiman Islam.

Shahidan kemudiannya bangkit bertanyakan hukum orang yang membenarkan DNAA.

Dalam reaksinya, Abdul Hadi berkata dalam akidah Islam, ada dua mahkamah iaitu mahkamah dunia dan mahkamah akhirat.

Advertisement

“Walaupun lepas mahkamah dunia, takkan lepas mahkamah akhirat… orang yang ada iman akan sanggup dihukum di dunia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending