Connect with us

Terkini

Tidak terima aduan sekolah agama diarah tutup di Selangor – GASIS

Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) menyatakan pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung dakwaan sekolah-sekolah Islam persendirian ditutup di Selangor seperti ditularkan sejak akhir-akhir ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
alea21

Published

on

Tidak terima aduan sekolah agama diarah tutup di Selangor – GASIS
Foto: Tangkap layar kenyataan palsu berhubung lebih 200 sekolah agama Selangor diarah tutup.
  • Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) menyatakan pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung dakwaan sekolah-sekolah Islam persendirian ditutup di Selangor seperti ditularkan sejak akhir-akhir ini.
  • Fairul Nafazli Md Nazin dari GASIS menyifatkan dakwaan lebih 200 sekolah agama menerima surat amaran diarah keluar dari premis perniagaan mereka, tidak sepatutnya ditimbulkan.
  • “Di peringkat kami Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS), kita belum menerima apa-apa lagi (aduan) ataupun sekolah-sekolah Islam persendirian yang ditutup seperti yang dinyatakan dalam video tersebut,” kata Fairul Nafazli menerusi  klip video dikongsikan di akaun platform X Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Saipolyazan Mat Yusop semalam.
  • GASIS telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi memudahkan proses pendaftaran sekolah-sekolah Islam persendirian.
  • Isnin lalu, Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris dilaporkan mendakwa 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan hak apabila lebih 200 sekolah agama terpaksa ditutup dan dipindahkan.

KUALA LUMPUR – Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS) menyatakan pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung dakwaan sekolah-sekolah Islam persendirian ditutup di Selangor seperti ditularkan sejak akhir-akhir ini.

Fairul Nafazli Md Nazin dari GASIS menyifatkan dakwaan lebih 200 sekolah agama menerima surat amaran diarah keluar dari premis perniagaan mereka, tidak sepatutnya ditimbulkan.

“Di peringkat kami Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS), kita belum menerima apa-apa lagi (aduan) ataupun sekolah-sekolah Islam persendirian yang ditutup seperti yang dinyatakan dalam video tersebut,” kata Fairul Nafazli menerusi  klip video dikongsikan di akaun platform X Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Saipolyazan Mat Yusop semalam.

Fairul Nafazi berkata GASIS telah berjumpa dan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi memudahkan proses pendaftaran sekolah-sekolah Islam persendirian.

GASIS juga menegaskan pihaknya tidak terlibat dengan mana-mana identiti yang tular sebelum ini.

“Kita masih menunggu juga hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan di peringkat GASIS mahupun di peringkat PBT ataupun Exco Negeri,” katanya.

Isnin lalu, Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris dilaporkan mendakwa 40,000 pelajar Islam di Selangor dinafikan hak apabila lebih 200 sekolah agama terpaksa ditutup dan dipindahkan. 

Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan medianya hari ini, turut menafikan dakwaan sekolah agama di Selangor diarah tutup dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab. – The Merdeka Times 

Sumber: Media Sosial X, Saipolyazan Mat Yusop.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *