Terkini
Teruskan pembelajaran walaupun nak jadi Content Creator – Khairul Aming
Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.
- Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.
- Katanya, menjadi content creator yang mampu menyumbang untuk negara bukan sekadar mengejar tular dan dikenali semata-mata, sebaliknya memerlukan banyak skill (kemahiran) yang perlu dipelajari.
- “Awak kena ingat jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral okey, untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, common sense okey, jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia okey,” katanya seusai menerima trofi anugerah itu daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan artis, Ziana Zain di TikTok Awards Malaysia 2023 di MITEC semalam.
- Semalam, Khairul Aming dinobatkan sebagai penyandang Creator of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Teruskan pembelajaran dan jangan berhenti belajar walaupun mahu menjadi content creator di media sosial dan media massa, demikian pesan pempengaruh tersohor, Khairul Aming Kamarulzaman.
Katanya, menjadi content creator yang mampu menyumbang untuk negara bukan sekadar mengejar tular dan dikenali semata-mata, sebaliknya memerlukan banyak skill (kemahiran) yang perlu dipelajari.
Semalam, Khairul Aming dinobatkan sebagai penyandang Creator of The Year pada TikTok Awards Malaysia 2023 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
“Tapi saya nak ambil kesempatan ni untuk bagi satu ucapan kepada anak-anak muda di luar sana yang nak jadi content creator, adik-adik yang masih bersekolah teruskan pembelajaran walaupun awak nak jadi content creator.
“Awak kena ingat jadi content creator ni bukan sekadar untuk viral okey, untuk relevan lama dalam industri, awak perlukan banyak pengetahuan, critical thinking, problem solving, ada adab, common sense okey, jadi habiskan pembelajaran dan jadilah pelapis content creator yang bagus, yang boleh majukan negara kita Malaysia okey,” katanya seusai menerima trofi anugerah itu daripada pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam dan artis, Ziana Zain di TikTok Awards Malaysia 2023 di MITEC semalam.
Khairul Aming berkata demikian ketika mengulas mengenai remaja yang sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk menjadi pempengaruh dan tidak sedar kepentingan menuntut ilmu.
Kemenangan Khairul Aming sekali gus menewaskan lima pencabar lain seperti Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo). – The Merdeka Times
Sumber: @501Awani