Connect with us

Antarabangsa

Rahul Gandhi kembali ke Parlimen India

Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi memperoleh semula kerusi Parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat oleh Mahkamah Agung negara itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rahul Gandhi kembali ke Parlimen India
Foto: Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi kembali ke Parlimen.
  • Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi memperoleh semula kerusi Parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat oleh Mahkamah Agung negara itu.
  • Pemimpin Parti Kongres berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun berhubung ucapan pada 2019, berbaur sindiran dan menyamakan nama ‘keluarga Modi dengan penyamun’.
  • Kembalinya Rahul ke Parlimen berlaku pada saat yang genting ketika penggubal undang-undang akan memulakan perbahasan mengenai usul tidak percaya terhadap kerajaan Parti Bharatiya Janata, (BJP) yang diketuai oleh Modi.

NEW DELHI: Pemimpin pembangkang India, Rahul Gandhi memperoleh semula kerusi Parlimen beliau selepas sabitan kes fitnahnya digantung pada Jumaat oleh Mahkamah Agung negara itu.

Rahul yang mewakili Wayanad di Dewan Rakyat Lok Sabha hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen susulan sabitan pada Mac oleh sebuah mahkamah di Gujarat berhubung kenyataannya yang dianggap menyinggung perasaan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Pemimpin Parti Kongres berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman penjara dua tahun berhubung ucapan pada 2019, berbaur sindiran dan menyamakan nama ‘keluarga Modi dengan penyamun’.

Ia dengan kepada taikun berlian Nirav Modi dan bekas Ketua Liga Perdana India, (IPL), Lalit Modi.

Kembalinya Rahul ke Parlimen berlaku pada saat yang genting ketika penggubal undang-undang akan memulakan perbahasan mengenai usul tidak percaya terhadap kerajaan Parti Bharatiya Janata, (BJP) yang diketuai oleh Modi.

Meskipun BJP boleh menolak usul itu, ahli parlimen pembangkang berhasrat memberi tentangan sihat dan akan cuba mengheret kerajaan atas pelbagai isu.

Sumber : Buletin TV3

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *