Terkini
PRN: PAS terdesak tukar MB, TMB Kelantan
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tindakan PAS mengumumkan untuk menawarkan calon baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan saat Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan pimpinan parti itu dalam keadaan terdesak dan ‘defensif’.
- Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tindakan PAS mengumumkan untuk menawarkan calon baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan saat Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan pimpinan parti itu dalam keadaan terdesak dan ‘defensif’.
- Khairuddin yang juga Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, parti lamanya itu terlihat kurang senang dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah di samping kurangnya sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.
- “Tawaran saat akhir ‘orang baharu’ tanpa dinamakan siapa orangnya sebagai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan menggugurkan penjawat sedia ada menunjukkan pimpinan PAS sendiri merasa rimas dan tertekan dengan pelbagai kenyataan sinis dan sinikal oleh Mohd. Amar sekarang terutamanya dalam isu dan krisis air di Kelantan,” katanya dalam kenyataan.
- Media sebelum ini melaporkan PAS mengumumkan tawaran cadangan perubahan kepimpinan di Kelantan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar selepas PRN.
KUALA LUMPUR – Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata tindakan PAS mengumumkan untuk menawarkan calon baharu bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan saat Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan pimpinan parti itu dalam keadaan terdesak dan ‘defensif’.
Khairuddin yang juga Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata, parti lamanya itu terlihat kurang senang dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah di samping kurangnya sokongan rakyat terhadap PAS di Kelantan.
“Tawaran saat akhir ‘orang baharu’ tanpa dinamakan siapa orangnya sebagai Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan dengan menggugurkan penjawat sedia ada menunjukkan pimpinan PAS sendiri merasa rimas dan tertekan dengan pelbagai kenyataan sinis dan sinikal oleh Mohd Amar sekarang terutamanya dalam isu dan krisis air di Kelantan.
“Ia tidak menguntungkan politik Pas di Kelantan malah menimbulkan kemarahan rakyat jelata. Kerimasan ini sebenarnya sudah lama disuarakan dalam kalangan ahli dan pimpinan pertengahan PAS,” katanya dalam kenyataan dipetik Utusan Malaysia.
Perkara itu juga mengiyakan seruan terbuka adik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat iaitu Nik Din Nik Mat menolak Mohd Amar di kerusi Panchor dengan dakwaan menyekat anaknya, Nik Abduh Nik Aziz daripada bertanding di Chempaka.
“Lebih menarik apabila keputusan ini dibuat oleh Dewan Harian sahaja bukannya Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Menteri Besar pula adalah ahli Dewan Harian sebagai Naib Presiden. Apakah respon beliau sendiri ketika mesyuarat tersebut membuat keputusan?
“Namun, rakyat tidak hanya melihat kepada kenyataan-kenyataan Timbalan Menteri Besar sahaja tetapi kuncinya ialah rakyat menyedari dan memperakui kelemahan pengurusan bukan beliau sahaja tetapi kerajaan negeri secara keseluruhannya termasuk semua exco-exco.
“Sekiranya exco-exco ini pula yang mengambil alih teraju, keadaannya tetap sama dan masalah pengurusan kerajaan Kelantan di bawah Pas melibatkan air dan tata kelola tetap berulang,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan PAS mengumumkan tawaran cadangan perubahan kepimpinan di Kelantan bagi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar selepas PRN. –The Merdeka Times