Connect with us

Terkini

PN terap trend politik rugikan Melayu, Islam – Khalid Samad

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan trend politik yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini sangat merugikan orang Melayu dan Islam.

Wartawan TMT

Published

on

PN terap trend politik rugikan Melayu, Islam – Khalid Samad
Foto: Pengarah Komunikasi Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad.
  • Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan trend politik dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini sangat merugikan orang Melayu dan Islam.
  • Pengarah Komunikasi Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad berkata, trend berkenaan menyebabkan rakyat menjadi taasub kepada sesebuah jenama atau parti politik yang bertanding dengan mengundi gabungan PN, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).
  • “Trend politik dibawa oleh PN sangat merugikan orang Melayu dan Islam apabila mereka taasub dengan ‘brand’ atau sesebuah parti politik. Pemikiran politik yang dibawa oleh PN dan PAS ini tidak mementingkan pembangunan dan ia akan menyebabkan kerugian kepada rakyat serta negara,” katanya pada sidang media di Pejabat AMANAH Kelantan di sini, semalam.
  • Khalid berkata, beliau mendapati masih ramai termakan dakyah Kerajaan Perpaduan khususnya PH tidak akan membela nasib orang Melayu dan kerana itu sebahagian penyokong Barisan Nasional (BN) mengundi calon PN.

KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan trend politik yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini sangat merugikan orang Melayu dan Islam.

Pengarah Komunikasi Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad berkata, trend berkenaan menyebabkan rakyat menjadi taasub kepada sesebuah jenama atau parti politik yang bertanding dengan mengundi gabungan PN, iaitu PAS dan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Beliau yang juga Pengerusi AMANAH Kelantan berkata, trend itu mengakibatkan pengundi tidak menghiraukan prestasi sesebuah kerajaan negeri sama ada terbaik atau sebaliknya.

“Trend politik yang dibawa oleh PN sangat merugikan orang Melayu dan Islam apabila mereka taasub dengan ‘brand’ atau sesebuah parti politik. Pemikiran politik yang dibawa oleh PN dan PAS ini tidak mementingkan pembangunan dan ia akan menyebabkan kerugian kepada rakyat serta negara.

“Ini berikutan, PN hendak memerintah sahaja walaupun (negeri) mundur. Mereka menggunakan sentimen agama dan emosi untuk menarik rakyat,” katanya pada sidang media di Pejabat AMANAH Kelantan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim yang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Mengulas lanjut Khalid berkata, walaupun kerajaan Selangor menunjukkan prestasi yang terbaik dengan memberi perkhidmatan terhadap rakyat sebelum ini, namun turut menerima tempias berkenaan.

Advertisement

“Prestasi kerajaan Selangor baik dan kita berkeyakinan akan mendapat sokongan. Misalnya, prestasi Selangor dengan Kelantan dan Kedah perbezaannya bagai langit dengan bumi.

“Kerajaan Selangor perlu dihukum dengan adil walaupun kita menunggu untuk dihukum oleh rakyat. Tetapi pemikiran politik dibawa oleh PN dan PAS menunjukkan benda (prestasi baik) ini tidak penting apabila mereka tidak melihat prestasi pentadbiran. Sepatutnya, negeri yang tidak buat yang terbaik perlu dihukum (oleh rakyat),” katanya.

Pada perkembangan yang sama, Khalid berkata, beliau mendapati masih ramai yang termakan dengan dakyah Kerajaan Perpaduan khususnya PH tidak akan membela nasib orang Melayu dan kerana itu sebahagian penyokong Barisan Nasional (BN) mengundi calon PN.

“Selain itu, ada juga penyokong PH yang tidak selesa dengan kerjasama (PH-BN) dengan tidak keluar mengundi atau undi calon daripada Kerajaan Perpaduan.

“Kita dah berusaha untuk bertemu rakyat. Namun demikian, kita juga mencapai kejayaan di beberapa lokasi dan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS

Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima. 

“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.

“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).

“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.

Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.

Advertisement

“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.

Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.

Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.

Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times

Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine

 

View this post on Instagram

 

Advertisement

A post shared by THE MERDEKA TIMES (TMT) (@themerdekatimes)

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending