Connect with us

Terkini

Kita harus hormati keputusan rakyat – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sehingga membawa kepada kemenangan di tiga negeri.

Wartawan TMT

Published

on

Kita harus hormati keputusan rakyat - Anwar
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri), Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu (kanan).
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sehingga membawa kepada kemenangan di tiga negeri.
  • Pengerusi PH itu turut menghormati mandat diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa.
  • Anwar yang juga Presiden PKR mengajak semua rakyat kembali bersilaturahim setelah semua keputusan pilihan raya diketahui.
  • “Setelah bersungguh-sungguh dan suhunya agak panas ini waktunya rakyat dari semua parti menang atau kalah harus bersilaturahim menjaga keamanan negara dan tumpukan perhatian mengangkat martabat negara dan bela nasib rakyat. Itu tumpuan kita,” katanya.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sehingga membawa kepada kemenangan di tiga negeri.

Pengerusi PH itu turut menghormati mandat yang diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa.

Pada masa sama, Anwar yang juga Presiden PKR mengajak semua rakyat kembali bersilaturahim setelah semua keputusan pilihan raya diketahui.

“Keputusan ini adalah keputusan rakyat. Dalam sistem demokrasi kita harus hormat keputusan rakyat, hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik.

“Kalau ada apa-apa permasalahan, perundangan dibuat mengikut perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Setelah bersungguh-sungguh dan suhunya agak panas ini waktunya rakyat dari semua parti menang atau kalah harus bersilaturahim menjaga keamanan negara dan tumpukan perhatian mengangkat martabat negara dan bela nasib rakyat. Itu tumpuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat selepas menyaksikan keputusan pilihan raya bagi enam buah negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, semalam.

Anwar berkata, bagi pihak kerajaan Persekutuan yang terus kekal dan kukuh selepas PRN ini akan terus bertungkus-lumus bekerja dan berkhidmat sesuai dengan hasrat untuk membangun Malaysia dan Ekonomi Madani sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini.

“Insyaallah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa tetapi, lebih tekun dan keras supaya negara ini akan mencipta kejayaan yang dibanggakan,” ujarnya. 

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Terkini

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak tindas, paksa mana-mana pihak tukar agama

Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.
  • Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.
  • Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.
  • “…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.
  • “Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.
  • “14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

KUALA LUMPUR — Pentadbiran Islam di Malaysia tidak pernah menindas mana-mana kelompok, malah tiada individu di negara ini yang dipaksa atau diugut supaya menukar agamanya, kata Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Profesor Dr Muhamad Rozaimi Ramle.

Muhamad Rozaimi menegaskan rumah-rumah ibadat kelompok bukan Islam juga tidak pernah diganggu di negara Islam ini.

Sebaliknya, beliau merasakan usaha dakwah lebih sukar dilaksanakan di Malaysia walaupun ia negara Islam.

“…Walaupun sebutan saya ini akan menyebabkan sedikit terguris kepada pentadbiran agama tapi saya kena sebut, kadang-kadang nak berdakwah agama Islam dalam negara ini lebih sukar daripada nak menyebarkan agama bukan Islam.

“Kerana agama bukan Islam, Kristian, Hindu, Buddha tidak pernah disyaratkan nak berceramah di tempat mereka, di tempat ibadat mereka mesti mengambil tauliah tetapi di negeri-negeri Islam ini perlu mengambil tauliah.

“14 negeri 14 tauliahlah kena ambil walaupun negara ini adalah negara umat Islam ataupun negara Islam,” katanya menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Fasiskah Bumiputera di Malaysia?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertanyaan sama ada ciri-ciri fasis kelihatan dalam pentadbiran agama Islam di negara ini dan mengapa saat ini masih ramai yang beranggapan menegakkan syariat Islam adalah fasisme.

Program terbitan Merdeka Studio itu turut menampilkan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan peguam, Tai Zee How atau lebih dikenali sebagai ‘Apek Cina’ sebagai panel utama.

Mengulas lanjut, Muhamad Rozaimi menjelaskan kenyataannya itu bukan untuk mempertikaikan perkara terbabit, tetapi dalam hal sedemikian kemudahan dan kebebasan diberikan kepada kelompok bukan Islam.

“Saya bukan nak pertikai cuma kemudahan itu diberi kebebasan itu diberi… tauliah itu sebenarnya diperlukan untuk mengawal daripada ajaran-ajaran sesat itu daripada disebarkan dengan tidak berdisiplin,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending