Connect with us

Terkini

JPN diarah patuh tempoh masa lapor kes buli, gangguan seksual – KPM

Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat, laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Wartawan TMT

Published

on

JPN diarah patuh tempoh masa lapor kes buli, gangguan seksual – KPM
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat, laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Langkah itu antara tindakan proaktif dalam menangani kes berkenaan di semua institusi pendidikan bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan.
  • Menurut KPM, tempoh hari yang ditetapkan bagi pelaporan kes itu ialah pada kadar 1:3:7 hari.
  • “KPM menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan orang ramai termasuk pihak sekolah dan juga ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes tersebut yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA: Semua jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan institusi pendidikan diarahkan untuk mematuhi tahap kesegeraan penyampaian maklumat, laporan serta tindakan berkaitan buli dan gangguan seksual kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Langkah itu antara tindakan proaktif dalam menangani kes berkenaan di semua institusi pendidikan bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan.

Menurut KPM, tempoh hari yang ditetapkan bagi pelaporan kes itu ialah pada kadar 1:3:7 hari.

“KPM menyediakan tiga saluran yang boleh digunakan orang ramai termasuk pihak sekolah dan juga ibu bapa untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kes tersebut yang berlaku.

“Saluran tersebut ialah talian khas Aduan Buli, e-mel: [email protected] dan aduan buli di Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). Maklumat aduan buli dan gangguan seksual boleh diakses melalui Portal Aduan Buli KPM di https://www.moe.gov.my/aduanbuli ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM memaklumkan, berdasarkan rekod penyelesaian aduan buli dan gangguan seksual di institusi pendidikan bawah KPM menunjukkan lebih 90 peratus kes berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

Pada waktu ini, KPM juga sedang memuktamadkan garis panduan menangani buli dan gangguan seksual serta Peraturan Disiplin Murid yang baharu yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat bagi menggantikan Ordinan Pelajaran 1957, Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah 1959).

Advertisement

Pada masa sama, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada seperti terdapat dalam surat siaran kementerian, surat pekeliling ikhtisas dan garis panduan berkaitan.

Antara mekanisme yang sedang dilaksanakan KPM ialah kempen kesedaran mengenai kesan buli dan gangguan seksual terhadap mangsa di media konvensional dan media sosial.

Selain itu ialah program pendidikan mengenai bahaya buli dan gangguan seksual juga dilaksanakan secara bersepadu melibatkan aspek kurikulum, kokurikulum serta pembinaan sahsiah dan amalan sekolah penyayang.

“Intervensi kepada mangsa buli dan kerjasama strategik dengan semua pihak terutamanya dengan melibatkan agensi penguat kuasa bagi memastikan isu buli dan gangguan seksual dapat ditangani dengan lebih efektif,” katanya.

KPM menyeru kerjasama dan komitmen berterusan semua pihak termasuk ibu bapa, pentadbir institusi pendidikan, guru, media, rakan korporat dan seluruh anggota masyarakat untuk sama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung memerangi isu buli dan gangguan seksual.

KPM sentiasa berusaha memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya dipelihara, justeru, tiada kompromi kepada kegiatan jenayah itu di semua institusi pendidikan bawah KPM.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending