Connect with us

Terkini

Hanya 15 pelajar terima PISMP Bahasa Cina, Jiao Zong minta penjelasan KPM

Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan kenapa hanya 15 pelajar diterima dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Bahasa Cina di sekolah rendah Cina (SJKC).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hanya 15 pelajar terima PISMP Bahasa Cina, Jiao Zong minta penjelasan KPM
Foto: Presiden Jiao Zong, Cheah Lek Aee (kiri).
  • Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan kenapa hanya 15 pelajar diterima dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Bahasa Cina di sekolah rendah Cina (SJKC).
  • Presiden Jiao Zong, Cheah Lek Aee berkata, menurut data dikumpulkan Dong Jiao Zong, lebih daripada 2,800 orang memohon PISMP SJKC.
  • Katanya daripada jumlah itu, lebih 2,200 orang mengambil ujian psikometrik dan lebih 1,600 orang lulus ujian itu, tetapi hanya kira-kira 1,000 calon dipanggil untuk menghadiri temuduga.
  • “Yang lebih serius adalah hanya 15 orang pelajar menerima tawaran untuk bidang Bahasa Cina SJKC dan tiga kursus yang pada asalnya dirancang untuk ditawarkan iaitu, major Bahasa Cina, elektif Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani serta Reka Bentuk dan Teknologi, semuanya dibatalkan.
  • “Tawaran tahun ini adalah untuk mengisi kekosongan pada lima tahun akan datang. Adakah sekolah rendah Cina hanya memerlukan 15 guru Bahasa Cina pada lima tahun akan datang?,” kata kata Lek Aee dipetik Oriental Daily dalam sidang media di Bangunan Dong Jiao Zong  di sini pada 25 Ogos lalu.
  • Sekolah rendah Cina masih kekurangan kira-kira 1,000 guru dan Dong Jiao Zong meminta Kementerian Pendidikan menambah bilangan tawaran bidang Bahasa Cina daripada 15 orang kepada 20 orang.

KAJANG – Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan kenapa hanya 15 pelajar diterima dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bidang Bahasa Cina di sekolah rendah Cina (SJKC).

Presiden Jiao Zong, Cheah Lek Aee berkata, menurut data dikumpulkan Dong Jiao Zong, lebih daripada 2,800 orang memohon PISMP SJKC.

Katanya daripada jumlah itu, lebih 2,200 orang mengambil ujian psikometrik dan lebih 1,600 orang lulus ujian itu, tetapi hanya kira-kira 1,000 calon dipanggil untuk menghadiri temuduga.

“Yang lebih serius adalah hanya 15 orang pelajar menerima tawaran untuk bidang Bahasa Cina SJKC dan tiga kursus yang pada asalnya dirancang untuk ditawarkan iaitu, major Bahasa Cina, elektif Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani serta Reka Bentuk dan Teknologi, semuanya dibatalkan.

“Tawaran tahun ini adalah untuk mengisi kekosongan pada lima tahun akan datang. Adakah sekolah rendah Cina hanya memerlukan 15 guru Bahasa Cina pada lima tahun akan datang?,” kata Lek Aee dipetik Oriental Daily dalam sidang media di Bangunan Dong Jiao Zong  di sini pada 25 Ogos lalu.

Lek Aee menggesa Kementerian Pendidikan menjelaskan mengenai pengambilan dan calon guru untuk sekolah rendah Cina itu.

Katanya, sekolah rendah Cina masih kekurangan kira-kira 1,000 guru dan Dong Jiao Zong meminta Kementerian Pendidikan menambah bilangan tawaran bidang Bahasa Cina daripada 15 orang kepada 20 orang.

“Kali ini, kumpulan SJKC hanya menyediakan 600 tempat, tetapi mengikut maklumat terkini yang kami kumpul, PISMP SJKC hanya menerima lebih 500 orang. Tambahan pula, ada yang menolak tawaran. Kini, terdapat sekurang-kurangnya 60 atau 70 kekosongan,” katanya.

Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan mengisi kesemua 600 tempat disediakan itu bagi memastikan sekolah rendah Cina mempunyai guru mencukupi untuk mengisi kekosongan dalam pada lima tahun akan datang.

Sumber: Oriental Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *