Connect with us

Terkini

Empat hak Melayu tidak terancam walau semua Ahli Parlimen sokong dimansuhkan

Masyarakat Melayu negara ini tidak perlu bimbang kononnya empat hak istimewa dinikmati mereka akan dihapuskan hanya kerana DAP ada dalam Kerajaan Perpaduan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Empat hak Melayu tidak terancam walau semua Ahli Parlimen sokong dimansuhkan
Foto: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
  • Masyarakat Melayu negara ini tidak perlu bimbang kononnya empat hak istimewa dinikmati mereka akan dihapuskan kerana DAP ada dalam Kerajaan Perpaduan.
  • Jaminan itu disuarakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang merujuk propaganda pihak tertentu mendakwa Melayu terancam ketika ini.
  • “Saya ingin tegaskan walaupun kesemua 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan kemudian Dewan Negara setuju mansuh, perkara itu tetap tidak akan berlaku sama sekali.
  • “Malahan, semua empat hak berkenaan akan terjamin sampai bila-bila tanpa boleh diusik oleh sesiapa,” katanya pada Ceramah Perdana @ Sungai Pelek di sini lewat malam tadi.
  • Abdul Rahman berkata, status Islam agama Persekutuan, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, institusi beraja dan kedudukan Melayu tidak boleh disentuh.
  • Katanya, hanya Majlis Raja-Raja menerusi persetujuan sebulat suara kesemua sultan yang berhak menghapuskan empat perkara itu tetapi adalah amat mustahil sama sekali.

SEPANG: Masyarakat Melayu negara ini tidak perlu bimbang kononnya empat hak istimewa dinikmati mereka akan dihapuskan hanya kerana DAP ada dalam Kerajaan Perpaduan.

Jaminan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang merujuk propaganda pihak tertentu mendakwa Melayu terancam ketika ini.

“Saya ingin tegaskan walaupun kesemua 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan kemudian Dewan Negara setuju mansuh, perkara itu tetap tidak akan berlaku sama sekali.

“Malahan, semua empat hak berkenaan akan terjamin sampai bila-bila tanpa boleh diusik oleh sesiapa,” katanya pada Ceramah Perdana @ Sungai Pelek di sini lewat malam tadi.

Abdul Rahman berkata, status Islam agama Persekutuan, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, institusi beraja dan kedudukan Melayu tidak boleh disentuh.

“Lazimnya dalam proses demokrasi berparlimen, sesuatu undang-undang mudah dihapus jika ada sokongan majoriti dua pertiga wakil tetapi tidak bagi empat perkara ini,” katanya.

Syarat ketat itu digubal oleh Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan sebelum kemerdekaan namun tidak ramai tahu kerana ia merupakan keunikan Malaysia.

Tambahnya, hanya Majlis Raja-Raja menerusi persetujuan sebulat suara kesemua sultan yang berhak menghapuskan empat perkara itu tetapi adalah amat mustahil sama sekali.

Justeru, Abdul Rahman mengingatkan pihak tertentu yang cuba sengaja memanipulasi isu tersebut agar segera menghentikan ‘drama ugutan’ sedemikian, malah Kerajaan Perpaduan komited mempertahankan empat perkara itu daripada cuba diganggu gugat.

Usaha itu katanya, termasuk larangan ke atas warganet menyentuh topik 3R iaitu kaum, raja dan agama dalam media sosial demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *