Connect with us

Terkini

Aplikasi Zakat MAIPk mudahkan urusan pembayar zakat individu, korporat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan juga individu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Aplikasi Zakat MAIPk mudahkan urusan pembayar zakat individu, korporat
Foto: Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari semasa sesi pelancaran aplikasi Zakat Perak.
  • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan individu.
  • Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, aplikasi itu dilancarkan untuk kemudahan pengguna telefon mudah alih serta menarik minat syarikat-syarikat korporat serta individu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan ibadah.
  • “Melalui aplikasi itu kita menyediakan sijil digital sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat dan individu di atas kesetiaan kepada MAIPk,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Ziarah Korporat MAIPk (PZKM) 2023 dan pelancaran aplikasi Zakat Perak di Dewan Hotel Barron di sini.

TAIPING – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) melancarkan aplikasi Zakat Perak untuk kemudahan pembayar zakat yang terdiri dari syarikat korporat dan juga individu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari berkata, aplikasi itu dilancarkan untuk kemudahan pengguna telefon mudah alih serta menarik minat syarikat-syarikat korporat serta individu melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menunaikan ibadah.

“Aplikasi itu boleh dimuat turun di gedung pelayar bagi pengguna telefon Android dan iPhone sahaja. Ia memiliki beberapa objektif.

“Melalui aplikasi itu kita menyediakan sijil digital sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat dan individu di atas kesetiaan kepada MAIPk,” katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Ziarah Korporat MAIPk (PZKM) 2023 dan pelancaran aplikasi Zakat Perak di Dewan Hotel Barron di sini.

Sebanyak 28 buah rumah telah diziarahi dan disantuni oleh para peserta melibatkan 60 orang peserta terdiri daripada 28 agensi syarikat.

Pada masa sama, menurut Shahrul Azam, aplikasi itu juga turut memuatkan logo beserta kod QR sebagai platform hebahan dakwah zakat kepada prospek pembayar zakat perniagaan supaya masyarakat dapat mengenal pasti mana-mana syarikat yang telah membayar zakat dengan lebih mudah.

“Ia juga memberi akses kepada orang ramai menyemak syarikat yang telah membayar zakat kepada MAIPk selain pengguna juga mendapat info promosi barangan dan perkhidmatan perniagaan dari syarikat itu.

“Aplikasi ini disediakan dengan harapan untuk menarik lebih banyak lagi syarikat agensi dan individu untuk membayar zakat perniagaan dan konsisten menunaikan ibadah zakat dengan MAIPk bagi membela nasib asnaf di Perak,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author