Connect with us

Antarabangsa

Taliban kalahkan AS dalam usaha pengurangan ladang ‘dadah’ Afghanistan

Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Taliban kalahkan AS dalam usaha pengurangan ladang ‘dadah’ Afghanistan
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.
  • Afghanistan turut dilaporkan menjalankan “usaha membanteras narkotik paling berjaya dalam sejarah manusia”.
  • Taliban yang kini menerajui kerajaan Afghanistan telah mengharamkan penanaman popi di seluruh negara itu sejak April 2022, menyaksikan penurunan pengeluaran popi sebanyak 80 peratus pada tahun lalu.
  • Penanaman popi kini merosot lebih 99 peratus hanya berbaki sekitar 2,500 ekar di wilayah Helmand yang diduduki tentera British selama 20 tahun dalam kempen perang diketuai AS di Afghanistan.
  • Ironinya, Institut Keamanan AS menyalahkan Taliban bulan lalu kerana ‘terlalu berjaya’ mengurangkan pengeluaran candu itu.

Dalam setahun, Taliban dilaporkan berjaya mencapai apa yang gagal dilakukan kempen ‘perang melawan dadah’ Amerika Syarikat (AS) selama lima dekad iaitu menghapuskan sebahagian besar pengeluaran candu Afghanistan.

Afghanistan turut dilaporkan menjalankan “usaha membanteras narkotik paling berjaya dalam sejarah manusia”.

Taliban yang kini menerajui kerajaan Afghanistan telah mengharamkan penanaman popi di seluruh negara itu sejak April 2022, menyaksikan penurunan pengeluaran popi sebanyak 80 peratus pada tahun lalu.

Penanaman popi kini merosot lebih 99 peratus hanya berbaki sekitar 2,500 ekar di wilayah Helmand yang diduduki tentera British selama 20 tahun dalam kempen perang diketuai AS di Afghanistan.

The UK Telegraph melaporkan tiada pengurangan bekalan popi sebesar itu pernah dicapai dalam perang Washington terhadap dadah selama 50 tahun, termasuk dalam dua dekad keberadaan AS di Afghanistan. 

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan menyatakan kebimbangan mereka disebabkan penurunan mendadak itu yang diganti dengan penggunaan opium sintetik seperti fentanyl, yang dikatakan lebih berbahaya daripada heroin.

Dengan kawalan AS terhadap Afghanistan pada 2004, Kerajaan Afghanistan yang disokong Washington itu menetapkan matlamat menghapuskan penanaman popi dalam tempoh sepuluh tahun. 

Sebaliknya, kehadiran AS menampakkan peningkatan penanaman dan pengeluaran, walaupun pembayar cukai AS dilaporkan membelanjakan $9 bilion untuk menghapuskan industri itu.

Laporan Jabatan Negara AS pada 1991 mendapati operasi rahsia CIA di Afghanistan telah mengubah wilayah itu daripada “zon candu serba lengkap menjadi pembekal utama heroin pasaran dunia”.

Pun begitu media AS dilihat menuding jari kepada kerajaan Afghanistan diterajui Taliban kerana membenarkan pengeluaran candu selepas kumpulan Islam itu berkuasa semula pada Ogos 2021. 

Radio Free Europe yang dibiayai AS mendakwa, setakat Mei 2023, penanaman popi Afghanistan melonjak kerana Kerajaan Taliban tidak mahu menguatkuasakan larangan ke atas tanaman itu.

Ironinya, Institut Keamanan AS menyalahkan Taliban bulan lalu kerana ‘terlalu berjaya’ mengurangkan pengeluaran candu itu.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *