Connect with us

Terkini

PSM dikecam netizen kerana sokong LGBTQ, MUDA diminta nyatakan pendirian

Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikritik netizen kerana menyambut  Pride Month yang diraikan komuniti songsang LGBTQ.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PSM dikecam netizen kerana sokong LGBTQ, MUDA diminta nyatakan pendirian
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikritik netizen kerana menyambut  Pride Month yang diraikan komuniti songsang LGBTQ.
  • Netizen menegaskan tiada tempat untuk komuniti LGBTQ di Malaysia, malah tiada mana-mana agama menerima kelompok songsang itu.
  • Menerusi ciapan bebenang di Twitter rasmi Pemuda Sosialis, mereka berkongsi satu poster berjudul, ‘Happy Pride Month, “Queer liberation, not assimilation”’.
  • “Selamat menyambut Pride Month daripada Pemuda Sosialis. Kami akan sentiasa menjadi ruang yang selamat untuk komuniti LGBTQ+ di Malaysia,” katanya dalam ciapan pada bulan Jun lalu.
  • Tinjauan The Merdeka Times mendapati ciapan itu kembali dihujani kritikan netizen sejak beberapa hari lalu di mana mereka turut menuntut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendirian beliau terhadap kelompok songsang itu.
  • Kedua-dua parti politik itu sebelum ini dilaporkan akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
  • Sebelum ini, PSM turut menyeru komuniti LGBTQ+ di Malaysia bersatu padu demi memperkukuh perjuangan songsang untuk meraih ‘keadilan’. 

KUALA LUMPUR — Sayap Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikritik netizen kerana menyambut  Pride Month yang diraikan komuniti songsang LGBTQ.

Netizen menegaskan tiada tempat untuk komuniti LGBTQ di Malaysia, malah tiada mana-mana agama menerima kelompok songsang itu.

Menerusi ciapan bebenang di Twitter rasmi Pemuda Sosialis, mereka berkongsi satu poster berjudul, ‘Happy Pride Month, “Queer liberation, not assimilation”’.

Foto: Tangkap Layar Twitter @pemudaPSM

“Selamat menyambut Pride Month daripada Pemuda Sosialis. Kami akan sentiasa menjadi ruang yang selamat untuk komuniti LGBTQ+ di Malaysia,” katanya dalam ciapan pada Jun lalu.

Tinjauan The Merdeka Times mendapati ciapan itu kembali dihujani kritikan netizen sejak beberapa hari lalu di mana mereka turut menuntut Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan pendirian beliau terhadap kelompok songsang itu.

Ini berikutan, kedua-dua parti politik itu sebelum ini dilaporkan akan bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ada di antara mereka berpandangan sewajarnya parti politik itu tidak mendapat sebarang tempat di Malaysia apabila ideologi songsang yang diperjuangkan mereka untuk negara ini.

Malah mereka menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengambil tindakan terhadap parti politik PSM yang mengangkat ideologi LGBTQ+.

“Hmm, tak sangka hina juga PSM ini, tiada asas dalam perjuangan. Sampai bendera pedo pun dikibarkannya.

“Bendera berjuang untuk mutilate kanak-kanak dikibarnya. Kasihan PSM berakhir sebegini selepas ditendang sana sini oleh rakan politiknya,” kata pengguna Twitter, @khairilmazlina.

“Inikah matlamat sebenar MUDA bekerjasama dengan PSM, mungkinkah MUDA juga ada calon yang berpegangan LGBTQI+ di mana mempamerkan lengkap dengan gaya rambut ponytail? @partimuda @SyedSaddiq  @pakatanharapan_,” kata pengguna Twitter, @garycyn65.

Antara tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Twitter:

Foto 1: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Twitter.

 

Foto 2: Tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Twitter.

Sebelum ini, PSM turut menyeru komuniti LGBTQ+ di Malaysia bersatu padu demi memperkukuh perjuangan songsang untuk meraih ‘keadilan’. — The Merdeka Times

Sumber: Twitter @pemudaPSM 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *