Terkini
(VIDEO) PRN: Calon MUDA DUN Repah tarik diri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Ishak tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada 12 Ogos ini.

- Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Ishak tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada 12 Ogos ini.
- Jawatankuasa Pilihan Raya MUDA berkata, sebelum ini Muhammad Noriswan diumumkan sebagai calon parti itu namun beliau mengambil keputusan menarik diri atas sebab peribadi.
- “Selepas berbincang, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi.
- “Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata jawatankuasa itu hari ini.
- Sebelum ini dilaporkan, Noriswan menerima kecaman selepas video lamanya yang beliau didakwa menghina orang kurang upaya (OKU), muncul semula di media sosial.
SEREMBAN: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) memaklumkan pempengaruh media sosial, Muhammad Noriswan Ishak tidak akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Repah pada 12 Ogos ini.
Jawatankuasa Pilihan Raya MUDA berkata, sebelum ini Muhammad Noriswan diumumkan sebagai calon parti itu namun beliau mengambil keputusan menarik diri atas sebab peribadi.
“Selepas berbincang, beliau mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab-sebab peribadi.
“Kami mengucapkan terima kasih kepada saudara Iswan atas kerjasama yang diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata jawatankuasa itu hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, Noriswan menerima kecaman selepas video lamanya yang beliau didakwa menghina orang kurang upaya (OKU), muncul semula di media sosial.
Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz kemudiannya menyatakan semua calon Pilihan Raya Negeri (PRN) parti itu akan menjalani latihan kepekaan mengenai kekurangan upaya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos sebagai hari pengundian bagi enam PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Barisan Nasional-Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dijangka berentap dengan sengit dalam PRN kali ini.
Sumber: Berita Harian
View this post on Instagram
