Connect with us

Antarabangsa

Pastor belia guna kamera tersembunyi rakam pengantin wanita

Seorang bekas pastor belia di South Carolina menghadapi 60 pertuduhan selepas didakwa merakam pengantin wanita dan anak gadis dengan kamera tersembunyi yang dipasangnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pastor belia guna kamera tersembunyi rakam pengantin wanita
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang bekas pastor belia di South Carolina menghadapi 60 pertuduhan selepas didakwa merakam pengantin wanita dan anak gadis dengan kamera tersembunyi yang dipasangnya.
  • Menurut laporan Mirror, Daniel Kellan Mayfield, 35, seorang pastor belia di Gowensville Baptist Church mula disiasat pada Mei 2023 selepas Pejabat Syerif Daerah Greenville menerima maklumat salah lakunya.
  • Daniel juga dituduh merakam beberapa wanita serta kanak-kanak perempuan seawal usia 14 tahun ketika mereka sedang mandi atau menggunakan tandas.
  • Pemeriksaan penyiasat terhadap telefon Daniel menemukan sekurang-kurangnya lima mangsa lain dengan ada dalam kalangan mereka didakwa dirakam dalam bilik mandi gereja.

Seorang bekas pastor belia di South Carolina menghadapi 60 pertuduhan selepas didakwa merakam pengantin wanita dan anak gadis dengan kamera tersembunyi yang dipasangnya.

Menurut laporan Mirror, Daniel Kellan Mayfield, 35, seorang pastor belia di Gowensville Baptist Church mula disiasat pada Mei 2023 selepas Pejabat Syerif Daerah Greenville menerima maklumat salah lakunya.

Foto: Daniel Kellan Mayfield, 35, seorang pastor belia di Gowensville Baptist Church .

Waran pada Jun 2021 menunjukkan pengantin perempuan dan kumpulannya menggunakan bilik persalinan Gowensville First Baptist Church sebagai persediaan untuk sebuah perkahwinan.

Sebagai wakil yang memegang kunci dan memiliki akses kepada gereja, Daniel dikatakan bertindak memasang kamera dan merakam tanpa pengetahuan mangsa.

Pada September 2021, Daniel dikatakan memasang kamera dalam bilik tidur untuk merakam pengantin dan rakan-rakannya, menurut Fox Carolina.

Daniel juga dituduh merakam beberapa wanita serta kanak-kanak perempuan seawal usia 14 tahun ketika mereka sedang mandi atau menggunakan tandas.

Pemeriksaan penyiasat terhadap telefon Daniel menemukan sekurang-kurangnya lima mangsa lain dengan ada dalam kalangan mereka didakwa dirakam dalam bilik mandi gereja.

Pendedahan itu sesuatu yang sangat mengejutkan komuniti jemaah Gereja Baptist Gowensville.

Isabella Godfry, seorang ahli gereja berkata: “kamu tidak akan pernah menyangka seseorang yang dikenali — seperti sebuah keluarga, kerana itulah gereja kami, ia seperti sebuah keluarga — kamu tidak akan pernah menyangka sesuatu yang begitu dahsyat akan berlaku dalam kalangan kami ini”. 

First Baptist Gowensville mengesahkan Daniel pernah menjadi pastor pelajar di gereja itu tetapi telah ditamatkan perkhidmatannya setelah ditahan.

Daniel kini didakwa dengan lima pertuduhan eksploitasi seksual tahap pertama ke atas kanak-kanak bawah umur dan satu pertuduhan voyeurisme (kepuasan mengintai orang lain), menurut WCSC.

Sumber: Mirror

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *