Terkini
MUDA ke arah tak relevan seperti parti Pejuang, PSM – Penganalisis Politik
MUDA ke arah tak relevan seperti parti Pejuang, PSM – Penganalisis Politik
- Penyertaan terhad MUDA dalam PRN bulan depan menunjukkan ia sekadar parti pinggiran dan mungkin di laluan ke arah tidak relevan, kata seorang penganalisis politik.
- Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, keputusan MUDA itu menunjukkan ia bukan parti arus perdana dan tidak boleh menjadi alternatif berdaya maju kepada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).
- Katanya, MUDA berisiko mengikut jejak Pejuang, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Putra pimpinan Ibrahim Ali yang disifatkannya parti kecil tanpa rekod menang mana-mana pilihan raya.
- “Saya jangka (semua calon) Muda akan hilang deposit mereka. Mereka akan tewas di semua kerusi ditandinginya kerana saya percaya pengundi tidak akan memilih MUDA.
- “Mereka akan memilih PH, yang sudah lama bertapak di Malaysia dan membuktikan kemampuannya membentuk kerajaan,” katanya kepada FMT.
PETALING JAYA – Penyertaan terhad MUDA dalam PRN bulan depan menunjukkan ia sekadar parti pinggiran dan mungkin di laluan ke arah tidak relevan, kata seorang penganalisis politik.
Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, keputusan MUDA itu menunjukkan ia bukan parti arus perdana dan tidak boleh menjadi alternatif berdaya maju kepada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (PH).
Katanya, MUDA berisiko mengikut jejak Pejuang, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Putra pimpinan Ibrahim Ali yang disifatkannya parti kecil tanpa rekod menang mana-mana pilihan raya.
“Saya jangka (semua calon) Muda akan hilang deposit mereka. Mereka akan tewas di semua kerusi ditandinginya kerana saya percaya pengundi tidak akan memilih MUDA.
“Mereka akan memilih PH, yang sudah lama bertapak di Malaysia dan membuktikan kemampuannya membentuk kerajaan,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, partinya hanya akan bertanding 10% daripada 245 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN 12 Ogos di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Setakat ini, MUDA mengumumkan 20 calon akan bertanding di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Terengganu. Seramai 19 daripadanya akan bertanding di kawasan dimenangi PH pada PRU14.
Mazlan memberi amaran keputusan bertanding di kerusi disandang PH berisiko melebarkan keretakan MUDA dengan gabungan itu dan mungkin menyaksikan parti itu “ditolak sepenuhnya” kerana tidak setia.
James Chin dari Universiti Tasmania yang bersetuju dengan Mazlan berkata, PH akan lebih marah dengan MUDA jika PN menang akibat perpecahan undi disebabkan kehadiran calon MUDA.
“Bahaya terbesar bagi PH ialah di kerusi mereka mempunyai majoriti kecil. MUDA akan (memecahkan) undi mereka dan ini akan membolehkan PN menang.
“Jika itu berlaku, saya rasa peluang MUDA menyertai PH (selepas PRN) akan musnah sama sekali kerana PH tidak mampu kalah.”
Sumber: Free Malaysia Today