Connect with us

Antarabangsa

Melepasi ujian pemberontakan, Putin yakinkan sekutu Asia kestabilan Russia

Presiden Vladimir Putin pada Selasa memberitahu pemimpin Asia bahawa rakyat Russia lebih kuat dan bersatu selepas mengharungi cabaran pemberontakan kecil akhir bulan lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Melepasi ujian pemberontakan, Putin yakinkan sekutu Asia kestabilan Russia
Foto: Presiden Russia, Vladimir Putin.
  • Presiden Vladimir Putin pada Selasa memberitahu pemimpin Asia bahawa rakyat Russia lebih kuat dan bersatu selepas mengharungi cabaran pemberontakan kecil akhir bulan lalu.
  • “Warga Russia kini lebih teguh dari sebelumnya,” kata Putin pada perjumpaan virtual Shanghai Cooperation Organization yang membabitkan India dan China.
  • Putin menegaskan Russia tetap akan bangkit untuk menentang sekatan dan ‘provokasi’ barat.

Presiden Vladimir Putin pada Selasa memberitahu pemimpin Asia bahawa rakyat Russia lebih kuat dan bersatu selepas mengharungi cabaran pemberontakan kecil akhir bulan lalu.

“Warga Russia kini lebih teguh dari sebelumnya,” kata Putin pada perjumpaan virtual Shanghai Cooperation Organization yang membabitkan India dan China.

Arab News melaporkan ucapan dan penekanan Putin tentang kesatuan dan kebersamaan Russia dalam pertemuan itu menzahirkan usaha Presiden Russia itu untuk menangkis keraguan pegangan kuasanya di pentas dunia.

Pemberontakan singkat berkaitan pemimpin tentera upahan Wagner, iaitu Yevgeny Prigozhin yang mengawal sebuah bandar di selatan Russia, bertindak menghala ke Moscow tetapi membatalkan tujuan itu dengan inisiatif perjanjian damai dari Presiden Belarus.

Putin sejak itu berterima kasih kepada pasukan keselamatan dan tenteranya yang mengelak dari tercetusnya perpecahan dan peperangan saudara.

Putin menegaskan Russia tetap akan bangkit untuk menentang sekatan dan ‘provokasi’ barat.

Moscow berhasrat mempertingkatkan hubungan dengan Shanghai Cooperation Organization dan menyokong peralihan penyelesaian bayaran matawang tempatan dalam urusniaga antarabangsa sesama mereka.

Selain memberi peringatan adanya potensi tercetusnya konflik, Putin turut mengingatkan risiko meningkatnya krisis ekonomi global.

Sumber: Arab News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *