Antarabangsa
Lagi wartawan Mexico ditemui mati
Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang.
- Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang.
- “Satu mayat ditemui di kampung Huachines di perbandaran Tepic, dikenal pasti sebagai Luis Martin Sanchez Iniguez berusia 59 tahun yang juga wartawan La Jornada,” kata akhbar Mexico City di laman webnya.
- Isteri wartawan itu, Cecilia Lopez memberitahu penyiasat, dia tidak mengetahui keberadaan suaminya sejak malam Rabu dan ketika kejadian, dia berada di bandar lain melawat saudara-mara, lapor akhbar itu memetik pihak berkuasa.
- Lopez juga dilapor memberitahu penyiasat yang pakaian pada suaminya dipakai pada hari terakhir dia melihatnya di rumah mereka, dan di dalam dompetnya ada semua barangan peribadi miliknya kecuali kad wartawan La Jornada miliknya.
- Keluarga itu juga melaporkan, komputer, telefon bimbit, cakera keras dan selipar sandalnya hilang.
- Wartawan La Jornada, menjadi sasaran pembunuhan sebelum ini, termasuk Miroslava Breach yang dibunuh di Chihuahua pada Mac 2017 selain Javier Valdez, yang juga penyumbang berita AFP, dibunuh di Sinaloa pada Mei tahun sama.
- Mexico dianggap sebagai salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. Sejak 2000, lebih 150 wartawan dibunuh di negara itu, menurut Reporters Without Borders (RSF).
MEXICO CITY: Wartawan akhbar terkemuka Mexico, La Jornada ditemukan maut di Nayarit, sehari selepas dilaporkan hilang.
“Satu mayat ditemui di kampung Huachines di perbandaran Tepic, dikenal pasti sebagai Luis Martin Sanchez Iniguez berusia 59 tahun yang juga wartawan La Jornada,” kata akhbar Mexico City di laman webnya.
Isteri wartawan itu, Cecilia Lopez memberitahu penyiasat, dia tidak mengetahui keberadaan suaminya sejak malam Rabu dan ketika kejadian, dia berada di bandar lain melawat saudara-mara, lapor akhbar itu memetik pihak berkuasa.
Mayat Sanchez Iniguez ditemui pagi semalam di kawasan pedalaman Tepic, ibu negeri Nayarit. Maklumat tidak rasmi media tempatan berkata, mayatnya ditemui dalam bungkusan beg plastik dan mempunyai mesej di dada.
Sanchez berada di rumah pada malam Rabu dan berbual dengan isterinya menerusi panggilan telefon.
Lopez juga dilapor memberitahu penyiasat yang pakaian pada suaminya dipakai pada hari terakhir dia melihatnya di rumah mereka, dan di dalam dompetnya ada semua barangan peribadi miliknya kecuali kad wartawan La Jornada miliknya.
Keluarga itu juga melaporkan, komputer, telefon bimbit, cakera keras dan selipar sandalnya hilang.
Wartawan La Jornada, menjadi sasaran pembunuhan sebelum ini, termasuk Miroslava Breach yang dibunuh di Chihuahua pada Mac 2017 selain Javier Valdez, yang juga penyumbang berita AFP, dibunuh di Sinaloa pada Mei tahun sama.
Mexico dianggap sebagai salah satu negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. Sejak 2000, lebih 150 wartawan dibunuh di negara itu, menurut Reporters Without Borders (RSF).
Menurut kerajaan, kira-kira 13 pembunuhan wartawan dilaporkan pada 2022, namun, sehingga kini, kebanyakan pelaku jenayah itu tidak dihukum.
Sumber: Harian Metro