Terkini
Kes jenayah seksual kanak-kanak lambat selesai kerana kekurangan Hakim Mahkamah Sesyen
Faktor kekurangan Hakim Mahkamah Sesyen di negara ini menjadi antara punca banyak kes jenayah seksual kanak-kanak tidak dapat diselesaikan segera.

- Faktor kekurangan Hakim Mahkamah Sesyen di negara ini menjadi antara punca banyak kes jenayah seksual kanak-kanak tidak dapat diselesaikan segera.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen sedia ada perlu menyelesaikan pelbagai kes-kes lain dan bukan hanya melibatkan kes kanak-kanak.
- “Berdasarkan kajian setakat hari ini terdapat sebanyak 6,791 kes penganiayaan jenayah seksual kanak-kanak di seluruh negara dengan kes tertinggi di Kelantan 1,097 kes.
- “Harapan kita kes jenayah seksual kanak-kanak ini dapat diselesaikan dalam masa 12 bulan, tetapi cabaran atau isunya kadang-kala kes ini tidak dapat diteruskan kerana mangsa menarik balik kes dan lain-lain,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.
- Azalina memberitahu rang undang-undang khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak di negara ini akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober depan.
SEREMBAN – Faktor kekurangan Hakim Mahkamah Sesyen di negara ini menjadi antara punca banyak kes jenayah seksual kanak-kanak tidak dapat diselesaikan segera.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ini berikutan Hakim Mahkamah Sesyen sedia ada perlu menyelesaikan pelbagai kes-kes lain dan bukan hanya melibatkan kes kanak-kanak.
“Berdasarkan kajian setakat hari ini terdapat sebanyak 6,791 kes penganiayaan jenayah seksual kanak-kanak di seluruh negara dengan kes tertinggi di Kelantan 1,097 kes.
“Harapan kita kes jenayah seksual kanak-kanak ini dapat diselesaikan dalam masa 12 bulan, tetapi cabaran atau isunya kadang-kala kes ini tidak dapat diteruskan kerana mangsa menarik balik kes dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Kompleks Mahkamah Seremban di sini hari ini.
Menurut Azalina, pihak mahkamah juga berdepan cabaran untuk menyelesaikan kes-kes kanak-kanak disebabkan faktor saksi, penyediaan laporan pakar dan permohonan penangguhan oleh peguam.
“Setakat ini, secara keseluruhan kadar pelupusan kes jenayah seksual kanak-kanak adalah 72.6 peratus,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan Mahkamah Bergerak di seluruh negara bagi memastikan kes sedemikian didengar dan diselesaikan dengan cepat.
Tambah beliau, kerajaan juga telah memperuntukkan RM5 juta untuk menaiktaraf 40 buah Mahkamah Sesyen untuk kemudahan fasiliti yang lebih canggih berkaitan kes jenayah seksual kanak-kanak seperti bilik saksi yang kondusif, alat bantu beri keterangan dan patung anatomi.
Dalam pada itu, Azalina memberitahu rang undang-undang khusus untuk Suruhanjaya Kanak-Kanak di negara ini akan dibentangkan di Parlimen pada bulan Oktober depan.
Azalina berkata, ini bagi memastikan kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan dan sosial mendapat keadilan sewajarnya.
“Kertas kerja ini telah sedia ada dan kita akan bawa ke kabinet dalam masa terdekat dengan harapan kelulusan dari segi dasar dan kewujudan rang undang-undang tersebut.
“Saya harap sesi parlimen Kerajaan Madani dapat membawa inisiatif dan mewujudkan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas,” katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan diwujudkan di negara ini perlu bersifat bebas dan tidak lagi diletakkan di bawah kementerian atau agensi kerajaan termasuk di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
“Dengan adanya Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas ia dapat membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam menyelesaikan kes mahkamah jenayah seksual kanak-kanak,” katanya lagi.
Sumber: Utusan Malaysia
Antarabangsa
(VIDEO) Tentera rejim zionis rogol kanak-kanak lelaki Palestin di Penjara Israel – Bekas pegawai kanan AS
Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Josh Paul mendedahkan insiden tentera Israel merogol tahanan kanak-kanak lelaki di penjara Moscovia, Baitulmaqdis.
Perkara itu disebutnya dalam temu ramah dengan Christiane Amanpour di CNN hari ini ketika diajukan kenyataan mengenai sifat kemanusiaan di Gaza kini pada tahap yang tidak sepatutnya boleh diterima.
“Kamu menyebut tentang keganasan seksual, saya (merupakan) sebahagian dari proses pemeriksaan hak asasi manusia, menapis persenjataan diberikan kepada Israel.
“Organisasi kebajikan dengan nama Pertahanan Antarabangsa Kanak-kanak Palestin (DCIP) menarik perhatian kami, berkenaan satu serangan seksual atau sebenarnya satu (kes) rogol kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun yang berlaku di penjara Israel di Moscovia di Jerusalem (Baitulmaqdis).
“Kami menyiasat dakwaan ini, kami dapati ia boleh dipercayai dan kami mempertanggungjawabkan perkara itu ke atas kerajaan Israel,” katanya.
Paul turut menceritakan tindakan tentera zionis Israel pada keesokan harinya menyerbu organisasi yang menyimpan maklumat kanak-kanak Palestin dalam tahanan rejim Israel itu.
“Kamu tahu apa yang berlaku keesokan harinya?, IDF (tentera rejim zionis Israel) memasuki pejabat pegawai DCIP, rampas komputer mereka, dan isytiharkan mereka sebagai sebuah entiti pengganas,” katanya kepada Amanpour.
Paul berkata kekejaman tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa pun, samada kekejaman pencabulan seksual atau apa sahaja pencabulan melampau hak asasi manusia.
Statistik DCIP menunjukkan, setakat hari ini, 156 kanak-kanak ditahan atas sebab “keselamatan”, 23 kanak-kanak ditahan atas sebab undang-undang dengan catatan kemas kini terakhir pada September lalu.
Manakala jumlah kematian kanak-kanak pada 2023 disebabkan peluru hidup dilaporkan DCIP adalah 92 mangsa dengan kemas kini terakhir pada bulan ini. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube – CNN, Defence for Children International Palestine
View this post on Instagram
-
Terkini2 days ago
Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Tular rakyat Malaysia gesa Kedutaan Israel dibuka di negara ini
-
Terkini2 days ago
Warganegara Malaysia wajib fasih Bahasa Melayu, tiada kompromi – Menteri KDN
-
Terkini2 days ago
DBKL tarik balik larangan jual arak