Connect with us

Terkini

Kekecohan di KLIA: Kertas siasatan akan diserah pada AGC dalam masa terdekat

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 29 Jun lalu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat ini. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kekecohan di KLIA: Kertas siasatan akan diserah pada AGC dalam masa terdekat
Foto: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
  • Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 29 Jun lalu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat ini. 
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan itu dilengkapkan, namun, belum dirujuk ke AGC.
  • “Kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat ini untuk tindakan lanjut. 
  • “Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam,” katanya. 
  • Pada 30 Jun lalu, tular dalam media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan kertas siasatan insiden kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya pada 29 Jun lalu kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat ini. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan itu dilengkapkan, namun, belum dirujuk ke AGC.

“Kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat ini untuk tindakan lanjut. 

“Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana tidak memberi kerjasama kepada penjawat awam,” katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan siasatan itu dijalankan mengikut kertas enkuiri polis (KEP).

Pihak polis juga merakam percakapan 22 saksi terdiri daripada empat pengadu, 12 pegawai imigresen, empat pegawai polis bantuan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pekerja syarikat ejen pelancongan. 

Pada 30 Jun lalu, tular dalam media sosial seorang menteri didakwa menceroboh masuk ke balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membebaskan seorang pelawat China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mengakui menteri dimaksudkan itu dirinya menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melepaskan pelawat berkenaan.

Menerusi kenyataan media, beliau mempersoalkan siapa sebenarnya menyalah guna kuasa dalam kejadian itu, sama ada beliau ataupun pegawai imigresen bertugas selain mendedahkan kehadirannya ke KLIA itu membongkar budaya rasuah dalam kalangan pegawai di pintu masuk negara itu.

Berikutan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, dalam kenyataan kelmarin memaklumkan Jabatan Imigresen menjalankan siasatan serta-merta selepas insiden itu dilaporkan pihak media.

Sumber: Utusan Malaysia

Author