Connect with us

Antarabangsa

‘Kami dijadikan perisai manusia’ – Penduduk Jenin

Serangan besar-besaran tentera Israel ke atas bandar Jenin di Tebing Barat sejak Isnin lalu telah menambah lagi perit buat penduduk Palestin.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

'Kami dijadikan perisai manusia' – Penduduk Jenin
Foto: Salah seorang penduduk di Jenin, Mutasem Estatia.
  • Serangan besar-besaran tentera Israel ke atas bandar Jenin di Tebing Barat sejak Isnin lalu telah menambah lagi perit buat penduduk Palestin.
  • Serangan yang sehingga kini dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin itu turut meninggalkan kesan hitam buat penduduk.
  • Salah seorang penduduk di Jenin, Mutasem Estatia, 40 tahun, berkongsi detik-detik berdepan serangan tentera Israel.
  • Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran tentera yang disifatkan ramai.
  • “Mereka menangkap ramai pemuda, dan menggunakan kami sebagai ‘perisai manusia’ di hadapan mereka,” kata penduduk Jenin.
  • Media antarabangsa melaporkan tentera Israel telah mula undur diri dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan.

Serangan besar-besaran tentera Israel ke atas bandar Jenin di Tebing Barat sejak Isnin lalu telah menambah lagi perit buat penduduk Palestin.

Serangan yang sehingga kini dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin itu turut meninggalkan kesan hitam buat penduduk.

Salah seorang penduduk di Jenin, Mutasem Estatia, 40 tahun, berkongsi detik-detik berdepan serangan tentera Israel.

Menurut bapa kepada empat cahaya mata itu, penduduk di kawasan tersebut terkejut dengan kehadiran tentera yang disifatkan ramai.

Ujarnya, pasukan tentera berkenaan didakwa menceroboh rumah penduduk, menghalau orang ramai dari rumah serta mengajukan senjata.

“Mereka menangkap ramai pemuda, dan menggunakan kami sebagai ‘perisai manusia’ di hadapan mereka.

“Kedengaran bunyi tembakan yang kuat, tepat di atas kepala kami semasa kami berjalan bersama mereka (tentera Israel). Ia adalah (suasana) tegang. Saya diiringi kira-kira 30 askar dan mereka semua menembak ke arah kem, dan ia (perbuatan) gila.

“Kami tidak dibenarkan bergerak ke mana-mana,” katanya memetik laporan AP.

Mutasem menambah, mereka dibawa oleh tentera Israel ke Jalameh, dan kawasan kejiranan yang tiada penduduk.

“Anda dapat rasai mereka benar-benar mahu mencapai sesuatu dalam masa dua hari, seperti mereka tergesa-gesa sebelum ‘sesuatu’ berlaku.

“(Tetapi) Mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan, alhamdulillah,” kongsinya lagi.

Media antarabangsa melaporkan tentera Israel telah mula undur diri dari Jenin di Tebing Barat yang diduduki, dua hari selepas melancarkan operasi ketenteraan.

Menurut tentera Israel, pasukan pertama telah meninggalkan bandar itu pada lewat petang Selasa.

Sumber: Astro Awani

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *