Antarabangsa
Google uji alat berasaskan AI yang mampu menulis artikel berita
Google sedang menguji alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menulis artikel berita, namun bukan bertujuan untuk menggantikan wartawan, kerana pelaporan dan semakan fakta masih diperlukan, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
- Google sedang menguji alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menulis artikel berita, namun bukan bertujuan untuk menggantikan wartawan, kerana pelaporan dan semakan fakta masih diperlukan, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
- Google sedang menguji produk yang menggunakan teknologi berasaskan AI untuk menulis berita, yang akan ditawarkan kepada pelbagai organisasi berita termasuk The New York Times, The Washington Post dan News Corp pemilik The Wall Street Journal, lapor The New York Times, memetik sumber.
- Menurut sumber, alat itu yang dikenali sebagai Genesis, boleh mengambil maklumat, seperti butiran peristiwa semasa dan menjana kandungan berita.
- “Ringkasnya, alatan ini tidak bertujuan dan tidak boleh menggantikan peranan penting wartawan dalam melapor, mencipta dan menyemak fakta artikel mereka,” kata jurucakap Google, Jenn Crider.
MOSCOW, 20 Julai (Bernama-Sputnik) — Google sedang menguji alat berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menulis artikel berita, namun bukan bertujuan untuk menggantikan wartawan, kerana pelaporan dan semakan fakta masih diperlukan, lapor Sputnik memetik media Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Google sedang menguji produk yang menggunakan teknologi berasaskan AI untuk menulis berita, yang akan ditawarkan kepada pelbagai organisasi berita termasuk The New York Times, The Washington Post dan News Corp pemilik The Wall Street Journal, lapor The New York Times, memetik sumber.
Menurut sumber, alat itu yang dikenali sebagai Genesis, boleh mengambil maklumat, seperti butiran peristiwa semasa dan menjana kandungan berita.
Google percaya bahawa alat itu boleh berfungsi sebagai pembantu peribadi untuk wartawan, mengautomasikan beberapa proses bagi menjimatkan masa.
Syarikat itu melihatnya sebagai teknologi yang bertanggungjawab yang akan membantu memacu industri penerbitan daripada bahaya AI generatif.
“Dengan berkongsi bersama penerbit berita, terutama penerbit yang lebih kecil, kami berada di peringkat terawal meneroka idea yang berpotensi menyediakan alat yang didayakan AI untuk membantu wartawan menjalankan kerja mereka.
“Ringkasnya, alatan ini tidak bertujuan dan tidak boleh menggantikan peranan penting wartawan dalam melapor, mencipta dan menyemak fakta artikel mereka,” kata jurucakap Google, Jenn Crider.
Beliau berkata Genesis boleh menawarkan pilihan untuk tajuk utama dan gaya penulisan.
Google, dengan enjin cariannya, adalah sebahagian daripada syarikat induk Alphabet. Ia juga termasuk Android dan YouTube, Google Life Sciences, Calico, Sidewalk Labs, Nest, Google Ventures, Google Capital dan Google X.
Sumber: Bernama