Terkini
Tidak tunai janji, Azizul kecewa dengan MSN
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.

- Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.
- Tanpa menamakan individu terbabit, Azizul meluahkan kekecewaanya dalam satu muat naik di ruangan laman Facebook peribadinya pagi ini.
- Baginya dia akur apabila pihak MSN mahu menutup kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia, namun kepulangannya ke tanah air tidak mendapat sistem sokongan yang bagus dan berprestasi tinggi seperti dijanjikan daripada pihak MSN.
- “Sudah dinasihatkan untuk duduk berbincang bersama dengan saya dan beritahu terang-terang, apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak, like a real gentleman, tapi sampai ke sudah tidak ada seorang pun yang datang berjumpa,” jelas Azizul dalam Facebooknya.
PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizul Hasni Awang meluahkan kekecewaannya terhadap beberapa individu dalam Majlis Sukan Negara (MSN) yang masih lagi belum menunaikan janji yang dituntutnya sebelum ini.
Tanpa menamakan individu terbabit, Azizul meluahkan kekecewaanya dalam satu muat naik di ruangan laman Facebook peribadinya pagi ini.
Baginya dia akur apabila pihak MSN mahu menutup kem latihan pusat skuad berbasikal trek negara di Melbourne, Australia, namun kepulangannya ke tanah air tidak mendapat sistem sokongan yang bagus dan berprestasi tinggi seperti dijanjikan daripada pihak MSN.
“Malangnya, daripada perjumpaan pertama kali dan beberapa siri perbincangan selepas itu serta setelah pulang ke tanah air sehingga sekarang, masih tidak ada penyelesaian.
“Perbincangan dan perjumpaan dengan wakil saya telah berlangsung lebih 10 kali dan jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tersangat tidak professional dan hanya membiarkan perkara tergantung dalam jangka masa yang amat lama. High performance sport apa benda macam ni!
“Sudah dinasihatkan untuk duduk berbincang bersama dengan saya dan beritahu terang-terang, apa yang boleh dibantu dan apa yang tidak, like a real gentleman, tapi sampai ke sudah tidak ada seorang pun yang datang berjumpa,” jelas Azizul dalam Facebooknya.
Dalam masa yang sama, Azizul turut mengadu mengalami kelewatan penerimaan pembayaran elaun daripada pihak MSN sehingga tempoh setahun ketika sedang membuat persiapan rapi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Difahamkan Azizul telah pun mengajukan perkara ini kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jawatankuasa Program Road to Gold (RTG) untuk keputusan selanjutnya.
Sumber: Utusan
Terkini
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.

- Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu di mana hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
- Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
- Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
- Tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
- Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Marang: Seorang lelaki dipenjara enam bulan dan didenda RM500 di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas kesalahan mempamer bendera Israel, Oktober lalu.
Tertuduh, Harma Zulfika Deraman, 30, turut berdepan hukuman tambahan penjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, hukuman itu akan bermula selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara lima tahun mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Majistret Zur Azureen Zainalkefli membuat keputusan itu selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mempamer bendera Israel di tempat awam iaitu bertentangan dengan Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kedai aksesori kenderaan di Kampung Padang Lebam, Bukit Payung, di sini jam 1 petang, 19 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 8(1)(i) akta yang sama.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asisten Superintendan Othman Ibrahim, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan polis selepas disyaki menggantung dan mengibar bendera Israel di sebuah premis sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.
Turut tular di media sosial beberapa keping gambar menunjukkan bendera rejim Zionis itu digantung dengan tertuduh turut memiliki rekod lampau berkaitan kes dadah.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan dadah mengikut Seksyen 39C ADB 1952 yang bermula sebulan lalu serta turut dikenakan satu sebatan.
Sumber: Harian Metro
-
Terkini2 days ago
Terus beku akaun Aman Palestin, SPRM umpama ‘dera’ penduduk Gaza – Tun Mahathir
-
Terkini2 days ago
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara enam bulan
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Wee Ka Siong terkejut ‘dimarahi’ Menteri Pendidikan di Dewan Rakyat
-
Antarabangsa3 days ago
PBB siasat, rayu bukti dakwaan keganasan seksual oleh Hamas