Connect with us

Terkini

Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain – Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukanlah bertujuan untuk menolak hak kaum lain, sebaliknya untuk membantu masalah dihadapi oleh bangsa itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Proklamasi Orang Melayu bukan bertujuan tolak hak kaum lain – Tun Mahathir
Foto: Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • Tun Dr Mahathir menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukanlah bertujuan untuk menolak hak kaum lain, sebaliknya untuk membantu masalah dihadapi oleh bangsa itu.
  • Menurut bekas Perdana Menteri itu, orang Melayu pada masa kini berhadapan dengan banyak masalah terutama kemiskinan.
  • “Rata-rata mereka (orang Melayu) miskin dan kerana kemiskinan golongan berkenaan berhadapan dengan banyak masalah.
  • “Jadi usaha pertama yang kita lakukan adalah untuk mengeluarkan satu proklamasi yang menyenaraikan 12 daripada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu,” katanya pada sidang media khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur pada Selasa.
  • Proklamasi itu juga adalah untuk menyedarkan orang Melayu bahawa kedudukan mereka tidak begitu kuat, lemah dan kini menjadi semakin goyah. – Tun Mahathir.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir menegaskan Proklamasi Orang Melayu bukanlah bertujuan untuk menolak hak kaum lain, sebaliknya untuk membantu masalah dihadapi oleh bangsa itu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, orang Melayu pada masa kini berhadapan dengan banyak masalah terutama kemiskinan.

“Rata-rata mereka (orang Melayu) miskin dan kerana kemiskinan golongan berkenaan berhadapan dengan banyak masalah.

“Jadi usaha pertama yang kita lakukan adalah untuk mengeluarkan satu proklamasi yang menyenaraikan 12 daripada masalah yang dihadapi oleh orang Melayu,” katanya pada sidang media khas Mesyuarat Meja Bulat Proklamasi Orang Melayu, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Tun Mahathir, proklamasi itu juga adalah untuk menyedarkan orang Melayu bahawa kedudukan mereka tidak begitu kuat, lemah dan kini menjadi semakin goyah.

Mesyuarat semalam turut menyaksikan beberapa pemimpin politik tanah air berhimpun di ibu kota.

Selain Tun Mahathir, turut hadir adalah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain mereka, turut kelihatan, Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali; dan bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak hadir dalam program tersebut.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan sebagai bekas Perdana Menteri, beliau berhak untuk bercakap mengenai fakta yang sudah diketahui termasuk berkaitan Institusi Diraja.

Menurutnya, beliau tidak mempersoal atau menghina institusi Diraja sebaliknya hanya menyatakan penjelasan mengenai kisah diraja yang pernah berlaku suatu masa dahulu.

“Ada dua kes (isu hina institusi diraja dan proklamasi Melayu)… saya sebut mengenai Raja-Raja Melayu dahulu, bagaimana institusi berkenaan tidak mempunyai wang, ada kutipan cukai.

“Saya kaitkan apa yang sudah berlaku, semua orang tahu, takkan saya tidak boleh bercakap,” katanya.

Sumber: Astro Awani 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *