Connect with us

Terkini

Pekerja, warga Indonesia di pasar Chow Kit ‘histeria’ jumpa Jokowi

Ribuan pekerja dan pengunjung warga Indonesia di Pasar Chow Kit bagaikan ‘histeria’ selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo turun melawat premis itu, semalam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pekerja, warga Indonesia di pasar Chow Kit 'histeria' jumpa Jokowi
Foto: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengiringi Presiden Indonesia, Joko Widodo beramah mesra bersama peniaga warga Indonesia di Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur.
  • Ribuan pekerja dan pengunjung warga Indonesia di Pasar Chow Kit bagaikan ‘histeria’ selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo turun melawat premis itu, semalam.
  • Jokowi yang tiba bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kira-kira jam 12.30 tengah hari disambut dengan keterujaan dan sorakan yang begitu meriah, sehinggakan ada dalam kalangan pekerja sanggup meninggalkan kedai jualan masing-masing hanya untuk merakamkan kehadiran Jokowi.
  • Mereka juga dilihat amat gembira menyaksikan individu yang digelar ‘bapak negara’ itu turun dari kenderaan dan melambaikan tangan serta bersalaman dengan warga Indonesia terbabit.
  • Bukan setakat bersalaman, Jokowi turut berhenti beberapa kali untuk melakukan sendiri ‘swafoto’ bersama rakyat negaranya.

KUALA LUMPUR: Ribuan pekerja dan pengunjung warga Indonesia di Pasar Chow Kit bagaikan ‘histeria’ selepas Presiden Indonesia, Joko Widodo turun melawat premis itu, semalam.

Jokowi yang tiba bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kira-kira jam 12.30 tengah hari disambut dengan keterujaan dan sorakan yang begitu meriah, sehinggakan ada dalam kalangan pekerja sanggup meninggalkan kedai jualan masing-masing hanya untuk merakamkan kehadiran Jokowi.

Mereka juga dilihat amat gembira menyaksikan individu yang digelar ‘bapak negara’ itu turun dari kenderaan dan melambaikan tangan serta bersalaman dengan warga Indonesia terbabit.

Pada masa sama, pekerja Indonesia berkenaan turut melaungkan nama Anwar yang hadir mengiringi Jokowi bersiar-siar di pasar itu.

Bukan setakat bersalaman, Jokowi turut berhenti beberapa kali untuk melakukan sendiri ‘swafoto’ bersama rakyat negaranya.

Sejurus tiba di laluan belakang pasar itu, warga Indonesia dilihat turut menyanyikan lagu kebangsaan republik itu.

Sementara itu, peniaga buah, Yenawati Iskandar, 52, ketika ditemui BH tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyaksikan sendiri Jokowi secara berdepan.

“Saya sudah menetap di Malaysia selama 31 tahun untuk mencari rezeki dan tidak sangka akan melihat sendiri ‘bapak negara’ yang kita sayangi dan hormati.

“Hampir tiga jam saya menunggu Jokowi dan dapat merakam gambar dari jauh sudah mencukupi,” katanya.

Suri rumah warga Indonesia, Darmiati M Ali, 29, berkata dia sungguh bahagia selepas melihat sendiri presiden negaranya itu.

“Ia seperti impian yang menjadi nyata dan kami semua tidak menyangka Jokowi sanggup turun ke pasar dan bertemu kami.

“Beliau seperti begitu peduli dengan rakyatnya walaupun kami jauh di Malaysia,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *