Connect with us

Terkini

Muslim perlu proaktif perbetul Islamofobia

Pemimpin, pertubuhan dan umat Islam di negara ini tidak sewajarnya bersikap defensif dalam mendepani golongan fobia, paranoid dan bersikap pesimistik terhadap Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Muslim perlu proaktif perbetul Islamofobia
Foto: Pengerusi Bersama Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.
  • Pemimpin, pertubuhan dan umat Islam di negara ini tidak sewajarnya bersikap defensif dalam mendepani golongan fobia, paranoid dan bersikap pesimistik terhadap Islam.
  • Pengerusi Bersama Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebaliknya semua umat Islam perlu bersikap lebih proaktif dan dinamik dalam membetulkan pemikiran serta kefahaman mereka tentang kesyumulan agama itu.
  • “Fahaman Islamofobia bukan perkara remeh sebaliknya isu kritikal yang memerlukan kerjasama serta kesedaran semua pihak. Justeru, segala resolusi yang ditekankan dapat diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan fahaman Islamofobia dapat dibanteras,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

PETALING JAYA: Pemimpin, pertubuhan dan umat Islam di negara ini tidak sewajarnya bersikap defensif dalam mendepani golongan fobia, paranoid dan bersikap pesimistik terhadap Islam.

Pengerusi Bersama Terengganu International Summit 2023 (TIS 2023), Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sebaliknya semua umat Islam perlu bersikap lebih proaktif dan dinamik dalam membetulkan pemikiran serta kefahaman mereka tentang kesyumulan agama itu.

“Ingin juga ditegaskan bahawa pemimpin dan umat Islam mesti berpegang teguh kepada ajaran Islam yang syumul serta sentiasa mempromosi dan mendahulukan penyelesaian Islam dalam menangani isu dan masalah lokal dan global yang dihadapi.

“Penyatuan ummah juga menjadi syarat penting kepada keberhasilan agenda menentang Islamofobia yang sedang berleluasa dalam negara dan juga di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Dr. Muhammad Khalil berkata, semua wakil dalam persidangan itu turut bersetuju agar usaha penyatuan ummah antara pemimpin dan umat Islam diperkukuhkan bermula daripada setiap negara umat Islam sehinggalah mampu menghasilkan kelestarian kesatuan yang lebih utuh di peringkat antarabangsa.

“Fahaman Islamofobia bukan perkara remeh sebaliknya isu kritikal yang memerlukan kerjasama serta kesedaran semua pihak.

“Justeru, segala resolusi yang ditekankan dapat diberi perhatian sewajarnya bagi memastikan fahaman Islamofobia dapat dibanteras,” katanya.

Advertisement

TIS 2023 yang berlangsung pada 1 Jun lalu turut dihadiri tokoh ilmuan, politik dan pendakwah Islam antaranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Dr. Zakir Abdul Karim Naik diadakan bagi membincangkan isu-isu kritikal berkaitan umat Islam.

Sumber: Utusan

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending