Connect with us

Terkini

Kursus praperkahwinan LPPKN tidak diwajibkan kepada pasangan mahu berkahwin

Kerajaan tidak akan mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin di negara ini untuk menghadiri kursus praperkahwinan yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN). 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kursus praperkahwinan LPPKN tidak diwajibkan kepada pasangan mahu berkahwin
Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri ketika mengadakan sidang media pada Penutup Bengkel Bina Upaya Kepimpinan Wanita dan Kesejahteraan Negara Siri 1 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) semalam.
  • Kerajaan tidak akan mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin di negara ini untuk menghadiri kursus praperkahwinan yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN). 
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kursus itu diadakan secara sukarela kepada pasangan pelbagai bangsa, justeru terpulang kepada mereka sama ada untuk menghadiri atau sebaliknya.
  • “Ia adalah program yang baik, bukan hanya untuk satu kaum atau agama tertentu tetapi ia untuk semua. Ia akan membimbing anda mengenai perkahwinan, keluarga dan pengurusan kewangan.
  • “Sebenarnya ia (kursus) itu telah lama dijalankan dan sambutan sentiasa baik tetapi kami tidak terfikir untuk menjadikannya mandatori tetapi menggalakkan mereka (pasangan untuk menghadirinya),” kata Nancy ditemui media selepas merasmikan bengkel mengenai kepimpinan wanita anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan mewajibkan pasangan yang mahu berkahwin di negara ini untuk menghadiri kursus praperkahwinan yang dikendalikan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN). 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata kursus itu diadakan secara sukarela kepada pasangan pelbagai bangsa, justeru terpulang kepada mereka sama ada untuk menghadiri atau sebaliknya.

“Ia adalah program yang baik, bukan hanya untuk satu kaum atau agama tertentu tetapi ia untuk semua. Ia akan membimbing anda mengenai perkahwinan, keluarga dan pengurusan kewangan.

“Sebenarnya ia (kursus) itu telah lama dijalankan dan sambutan sentiasa baik tetapi kami tidak terfikir untuk menjadikannya mandatori tetapi menggalakkan mereka (pasangan untuk menghadirinya),” kata Nancy.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menjadikan kursus praperkahwinan sebagai mandatori untuk pasangan yang mahu berkahwin.

Nancy ditemui media selepas merasmikan bengkel mengenai kepimpinan wanita anjuran Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di sini semalam.

Ditanya sama ada usaha itu (mewajibkan kursus) sebagai penyelesaian terbaik untuk membendung peningkatan kadar perceraian dalam kalangan pasangan Malaysia, Nancy berkata: “Saya tidak fikir formula itu berkesan.

“Walaupun anda mewajibkan tetapi jika mereka mahu bercerai, anda tidak dapat mengawalnya kerana sepanjang perkahwinan banyak perkara mungkin berlaku, jadi ia sangat subjektif,” katanya.

Berhubung program itu pula, Nancy berharap agar wanita yang terpilih sebagai calon pada enam Pilihan Raya Negeri kelak, dapat menampilkan strategi kempen yang berbeza bagi memastikan mereka berupaya memenangi lebih banyak kerusi.

“Kalau kita hendak lihat ramai wanita menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, kita kena ada sistem (strategi) yang kuat. Fahami senario pengundi dan santuni mereka.

Jangan sibuk mengutuk sesama sendiri (wanita) dengan kelemahan masing-masing, tetapi cubalah tawarkan apa yang terbaik untuk masa depan pengundi. Ini peluang terbaik untuk membuktikan bahawa rakyat boleh bergantung harap kepada pemimpin wanita,” katanya. – BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *