Antarabangsa
Konspirasi guru-guru rahsiakan pelajar transgender ubah jantina daripada ibu bapa
Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.
- Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.
- Selain perbincangan dan pertukaran tips supaya konspirasi songsang itu tidak diketahui ibu bapa, mereka juga mengkritik undang-undang baru Republikan berkenaan seks dan identiti.
- Pendedahan itu dibuat DailyMail yang memperoleh akses sesi perbincangan atas talian itu yang dianjurkan Midwest and Plains Equity Assistance Center (MAP).
- Dilaporkan 30 guru-guru sekitar Michigan, Iowa, Ohio, Illinois dan kawasan lain di barat tengah Amerika mengikuti perjumpaan MAP itu yang dibiayai Jabatan Pendidikan AS.
Sekumpulan guru-guru dari kawasan barat tengah (midwestern) Amerika dikesan berkongsi tips dan usaha membantu pelajar-pelajar mereka mengubah jantina melalui satu perbincangan atas talian.
Selain perbincangan dan pertukaran tips supaya konspirasi songsang itu tidak diketahui ibu bapa, mereka juga mengkritik undang-undang baru Republikan berkenaan seks dan identiti.
Pendedahan itu dibuat DailyMail yang memperoleh akses sesi perbincangan atas talian itu yang dianjurkan Midwest and Plains Equity Assistance Center (MAP).
Dilaporkan 30 guru-guru sekitar Michigan, Iowa, Ohio, Illinois dan kawasan lain di barat tengah Amerika mengikuti perjumpaan MAP itu yang dibiayai Jabatan Pendidikan AS.
Dalam bengkel empat jam itu, mereka antara lain membincangkan bantuan yang boleh diberi kepada pelajar trans yang berdepan perundangan negeri di bawah kendalian Republikan berkaitan isu jantina, kata ganti nama, nama, hak ibu bapa, akses bilik mandi dan kumpulan sukan.
Ada dari kalangan guru itu memilih untuk mematuhi undang-undang negeri, manakala ada juga yang mengutamakan agenda dan pendapat peribadi.
“Kami sedang mengusahakan agar tampakan sistem penyimpanan rekod tidak diperlihatkan kepada ibu-bapa.. bila ada nama di dalamnya yang perlu disembunyikan,” kata Kimberly Martin.
Kimberly Martin merupakan koordinator DEI (Divesity, Equity, and Inclusion) Royal Oak Schools yang menyebut tentang usaha membantu pelajar trans mengubah jantina secara rahsia.
Sumber: Daily Mail