Terkini
Kerajaan digesa laporan tahunan SPRM terus dibentang di Parlimen
Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan terus ke Parlimen.

- Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan terus ke Parlimen.
- Dalam kenyataannya hari ini, TI-M berkata cadangan Hassan itu dilihat penting bagi menangani segera masalah rasuah yang semakin tenat di negara ini.
- “Di bawah Akta SPRM 2009, Seksyen 14(1) menetapkan bahawa Jawatankuasa Khas Rasuah bertanggungjawab dalam menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selepas meneliti laporan tahunan suruhanjaya itu dan menjelaskan ulasan Lembaga Penasihat.
- “Kita mempunyai kepincangan dalam menangani isu rasuah di negara ini dan kedua-dua pihak iaitu Perdana Menteri dan kerajaan memerlukan maklumat tepat bagi membuat tindakan yang pantas dan efisien.
- “Oleh sebab itu, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menghapuskan semua birokrasi dan pada masa sama menjadikan SPRM benar-benar bebas dengan meminda Akta SPRM sebagai sebahagian daripada keseluruhan reformasi SPRM,” kata kenyataan, hari ini.
- Media sebelum ini melaporkan, Hassan mengkritik proses penyerahan yang ‘berbelit-belit’ sehingga mengakibatkan laporan asal SPRM gagal sampai ke Parlimen.
KUALA LUMPUR – Transparency International Malaysia (TI-M) menggesa kerajaan mempertimbangkan cadangan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim yang mahu laporan tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan terus ke Parlimen.
Dalam kenyataannya hari ini, TI-M berkata cadangan Hassan itu dilihat penting bagi menangani segera masalah rasuah yang semakin tenat di negara ini.
“Di bawah Akta SPRM 2009, Seksyen 14(1) menetapkan bahawa Jawatankuasa Khas Rasuah bertanggungjawab dalam menasihati Perdana Menteri mengenai masalah rasuah di negara ini selepas meneliti laporan tahunan suruhanjaya itu dan menjelaskan ulasan Lembaga Penasihat.
“Kita mempunyai kepincangan dalam menangani isu rasuah di negara ini dan kedua-dua pihak iaitu Perdana Menteri dan kerajaan memerlukan maklumat tepat bagi membuat tindakan yang pantas dan efisien.
“Oleh sebab itu, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk menghapuskan semua birokrasi dan pada masa sama menjadikan SPRM benar-benar bebas dengan meminda Akta SPRM sebagai sebahagian daripada keseluruhan reformasi SPRM,” kata kenyataan, hari ini.
Hassan yang juga ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM pada 26 Jun lalu meluahkan kekecewaannya terhadap amalan semasa, yang mana penyerahan laporan tahunan diberi kepada dua jawatankuasa berasingan sebelum dihantar kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan di Parlimen.
Media sebelum ini melaporkan, Hassan mengkritik proses penyerahan yang ‘berbelit-belit’ sehingga mengakibatkan laporan asal SPRM gagal sampai ke Parlimen.
Beliau mencadangkan, agar laporan itu terus dibentangkan dan dibahaskan secara telus di Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebagai langkah proaktif memerangi rasuah.
Ahli PKR itu juga mencadangkan bahawa tiga panel pemantau yang ditubuhkan bawah Akta SPRM 2009 perlu memantau laporan SPRM selepas pembentangan dan perbahasan di Parlimen.
Sumber: Berita Harian
