Antarabangsa
Disney tidak sengaja tampilkan pelakon lucah dalam filem ‘The Little Mermaid’
Disney mengaku membuat kesilapan apabila mengambil seorang pelakon lucah untuk memegang watak tambahan di dalam filem The Little Mermaid, lapor National Post.
- Disney tidak menyedari salah seorang pelakon tambahan di dalam filem The Little Mermaid merupakan seorang pelakon lucah.
- Stefano Tomadini, 24, merupakan seorang peragawan yang aktif berlakon dalam filem lucah menggunakan nama pentas Dante Ferrari.
- Disney mengaku malu kerana terlepas pandang perkara itu, apatah lagi filem The Little Mermaid disasarkan sebagai filem pecah panggung untuk kanak-kanak.
Disney mengaku membuat kesilapan apabila mengambil seorang pelakon lucah untuk memegang watak tambahan di dalam filem The Little Mermaid, lapor National Post.
Kru yang bertanggungjawab dalam pemilihan pelakon tambahan tidak menyedari yang salah seorang peragawan terpilih untuk memainkan peranan ikan duyung lelaki itu rupanya seorang pelakon lucah.
Peragawan itu, Stefano Tomadini, 24, rupanya aktif berlakon dalam filem lucah menggunakan nama pentas Dante Ferrari.
Dalam kerjaya filem lucahnya, dia dikatakan menjana pendapatan £1,000 (RM5861) bagi setiap penampilannya.
Disney mendakwa tidak tahu mengenai kerjaya sampingan Stefano itu ketika mereka memutuskan untuk mengambil sekumpulan peragawan bertubuh sasa bagi watak ikan duyung lelaki.
Disney juga mengaku malu kerana terlepas pandang perkara itu apatah lagi filem The Little Mermaid disasarkan sebagai filem pecah panggung untuk kanak-kanak.
Filem The Little Mermaid merupakan pembikinan semula daripada filem animasi dihasilkan pada 1989 dengan judul sama dan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 25 Mei lalu.
Kontroversi juga tercetus di awal pembikinannya apabila Halle Bailey, seorang pelakon berkulit hitam dipilih memegang watak utama, Ariel yang digambarkan berkulit putih di dalam animasi asal.
Sumber: National Post